Perbezaan Balasan Kebaikan Mukmin dan Kafir

Daripada Anas Bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw. telah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak akan menganiaya balasan kebaikan seorang mukmin, akan dianugerahi rezeki atas kebaikan itu di dunia dan nescaya diberi balasan pula kerana kebaikan itu di akhirat. Adapun bagi orang yang kafir: ia akan diberi balasan kerana kebaikannya di dunia, tetapi ketika di hari kiamat tidak ada balasan baginya” (Hadith Riwayat Abu Daud)

Orang Islam yang melakukan kebaikan akan diberi balasan di dunia ini dan juga diakhirat nanti. Sebaliknya, orang kafir yang melakukan kebaikan di dunia tidak diberikan pahala di akhirat nanti. Allah membayar kebaikan mereka semasa di dunia ini sahaja.

Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik. (Al-Ahqaf:20)

Majoriti kemewahan diberi kepada golongan kafir semasa mereka berada di dunia. Dalam sebuah hadith disebut “Aku bimbang orang Islam diberikan harta yang melimpah rupa, takut mereka tiada bahagian di akhirat nanti”. Allah menyelamatkan manusia yang beriman daripada menjadi kafir, walaupun diberikan kemewahan kepada kafir semasa di dunia namun ia tidak menyamai tahap kemewahan yang diberikan kepada orang beriman di akhirat nanti. Kemewahan di akhirat adalah untuk muttaqin (orang-orang bertakwa), yang taat dan patuh perintah Allah dan Rasul.

Az-Zukhruf [33] Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga), [34] Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga) dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),[35] Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa.

Allah bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasihani). Allah bersifat pemurah walaupun kepada orang-orang yang kufur (kafir) dan derhaka kepadanya. Di dunia ini mereka tetap diberikan kesenangan dan kemewahan walaupun tidak beriman dan percaya kepada Allah. Di akhirat kemewahan hanya diberikan kepada orang Islam di dalam syurga. Harta dunia hanya menjadi milik kita semasa hidup di dunia sahaja. Harta akhirat pula kekal selamanya. Di akhirat, orang-orang kafir tidak akan merasa walau setitik air sejuk.

Neraca akhirat hanya untuk menimbang amalan orang Islam. Amalan orang kafir tidak perlu ditimbang kerana mereka tidak percaya kepada hari pembalasan. Allah tidak tegakkan neraca keadilan untuk timbang amalan orang kafir.

Al-Kahfi [105] Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.


Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Perbezaan Balasan Kebaikan Mukmin dan Kafir”

  1. Habib Ahmad Says:

    1. Majlis Ilmu di Pusat Pengajian Ba’alawi KL :

    2. Simposium Thariqat Tasawwuf 2011

    TERKINI LAIN-LAIN MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: