Sebaik-baik Umat Kerana Kerja Dakwah

Ali-Imran [110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) ….

Para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah sebaik-baik umat kerana mereka melakukan kerja dakwah. Islam tersebar melalui mereka yang menyampaikan kandungan Al-Quran dan hadith ke serata dunia.

Para sahabat Baginda mendapat didikan secara “direct” (terus) daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga mengikuti setiap duduk-bangun (cara hidup) Rasulullah s.a.w. dalam semua aspek samada pakaian, pergaulan dan tuturkata.

Para sahabat Baginda seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. dan Sayyidina Umar r.a. juga adalah bapa mertuanya manakala Sayyidina Usman r.a. dan Sayyidina Ali r.a. adalah menantunya. Mereka ini dipilih oleh Allah s.w.t. sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa sahabat serta Ia jadikan di antara mereka menteri-menteriku, mertua-mertua dan menantu-menantuku, juga penolong-penolongku; oleh sebab itu sesiapa yang memburuk-buruk dan mencaci mereka, maka tertimpalah diatasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia seluruhnya; Allah tidak akan menerima daripadanya sebarang ibadat dan juga sebarang tebusan.” (‘Uwaimi bin Sa’idah).

Selain itu kita juga adalah umat terbaik yang ditugaskan untuk berdakwah. Hendaklah ada satu group (walaupun sedikit bilangannya) yang melakukan gerakan dakwah.

Ali Imran [104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Dalam melakukan kerja dakwah, kita perlu pesan-memesan tentang kebenaran. Dalam hadith disebut “bercakap benarlah walaupun pahit” dan “bercakap benarlah atau diam (jika tiada apa yang baik untuk dikatakan).

Kita perlu sabar dengan kemarahan orang kerana akan ada orang yang akan marah atau tidak suka dengan nasihat kita.

Al-Asr [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Setiap nabi juga ditentang oleh umatnya dalam menyampaikan dakwah mereka. Para nabi dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti gila, ahli sihir, nujum, dirasuk jin, penyair, pawang dan sebagainya. Namun mereka mampu bersabar dengan tuduhan-tuduhan seperti ini.

Serulah manusia agar melakukan kebaikan kerana ia akan terserlah di Hari Kiamat nanti. Cegahlah kemungkaran yang semakin merebak dan dilakukan secara terbuka, sekurang-kurangnya bencilah dengan kemungkaran. Dalam sebuah hadith disebut, sesiapa yang berada di hadapan maksiat tapi dia tidak redha dengan maksiat itu, (misalnya terpaksa menghadiri urusan kerja yang diadakan majlis tari-menari) maka dia dikira tidak hadir dan tidak berdosa. Sebaliknya, siapa yang tidak berada depan maksiat, tapi dia suka dengan maksiat itu, maka berdosalah dia walaupun dia cuma menontonnya melalui televisyen.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: