Talak

Dalam sebuah hadith disebut, “Perkara halal yang paling dibenci Allah s.w.t adalah talak” (iaitu perceraian). ” Apabila sepasang suami isteri bercerai , maka bergegarlah Arasy.” Allah tidak suka kepada perceraian, lantiklah orang tengah untuk melakukan perundingan.

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah” (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya (An-Nisaa:35).

Tempoh Idah

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid) dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. …. (Baqarah:228)

Tujuan tempoh idah itu adalah untuk memastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung dan tidak ada kandungan dalam rahimnya sebelum berkahwin semula dengan lelaki lain. Dalam tempoh idah itu seorang suami boleh kembali kepada isterinya yang dicerai dan isterinya tidak boleh menentang. Dalam mazhab Syafie, seorang suami yang ingin rujuk kepada bekas isterinya mesti melafazkannya melalui perkataan, manakala dalam mazhab Hanafi cukup dengan sekadar perbuatan, misalnya suami itu makan dan tidur bersama isterinya walaupun tidak dilafazkan dengan perkataan.

Talak Tiga 

Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya. (Baqarah: 230)

Dalam ayat di atas disebut bahawa suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali, melainkan setelah perempuan itu berkahwin semula dengan lelaki lain. Dalam hadith di bawah pula diceritakan tentang seorang sahabat (perempuan) yang ingin kembali kepada suaminya yang asal, namun dilarang oleh Rasulullah selagi mereka tidak melakukan hubungan suami-isteri.

Dari ‘Aaisyah r.a., beliau berkata : Suatu ketika isteri Rifaa’ah menemui Rasulullah s.a.w. Dia berkata : “Aku adalah isteri Rifaa’ah, kemudian ia dmenceraikanku dengan talak tiga. Setelah itu aku menikah dengan ‘Abdurrahman bin Az-Zubair, akan tetapi sesuatu yang ada padanya seperti hudbatuts-tsaub (hujung kain)”.  Rasulullah s.a.w. tersenyum mendengarnya, lantas beliau bersabda : “Apakah kamu ingin kembali kepada Rifaa’ah ? Tidak boleh, sebelum kamu merasakan madunya dan dia pun merasakan madumu….” (Riwayat Muslim).

Seperti “hujung kain” dalam hadith di atas bermaksud suami keduanya itu tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan hubungan suami-isteri.

Cina Buta

Dalam masyarakat Melayu, lelaki yang mengambil upah atau membuat perjanjian untuk berkahwin dan menceraikan isterinya setelah berkahwin dipanggil cina buta. Hakikatnya perbuatan ini adalah dilaknat. Allah s.w.t. melaknat al-Muhallil (lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang telah dicerai talak tiga dengan tujuan menghalalkannya semula kepada bekas suami, selepas dia menceraikannya) dan al-Muhallal (suami yang menjatuhkan talak tiga dan kemudian ingin merujuk semula kepada bekas isterinya melalui perkahwinan muhallil. Dalam mazhab Syafie nikah secara cina buta ini dilaknat dan tidak halal bagi isteri itu kembali kepada suami asalnya. Manakala dalam mazhab Hanafi pula perkahwinan secara cina buta itu dilaknat tetapi isteri itu dibenarkan kembali kepada suami asalnya.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: