Israk Mikraj

Israk ialah perjalanan Rasulullah s.a.w. yang diperjalankan oleh Allah s.w.t. dariMasjidilharam ke Majidil Aqsa, manakala Mikraj ialah perjalanan Baginda naik ke atas langit. Pada malam Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w. tidur di rumah Ummi Hani (adik beradik Sayyidina Ali di Mekah). Lalu bumbung rumah Ummi Hani terbuka, turun dua malaikat (Jibrail dan Mikail) dari langit. Malaikat itu mengeluarkan jantung Nabi dan membersihkannya dan dimasukkan kembali sebelum Baginda di bawa ke langit. Baca baki entri ini »

Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin

Dalam sebuah hadith ada disebut “Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin”. Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat sembahyang. Sembahyang boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Baca baki entri ini »

Kehadiran Haji Yang Tidak Dikira

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”[Riwayat Thabrani] Baca baki entri ini »

Allah Hairan Dengan 3 Jenis Orang

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. merasa hairan kepada seseorang yang meminta, tetapi tidak meminta syurga, dan kepada seseorang yang memberi tetapi bukan memberi kerana Allah, serta kepada seseorang yang meminta perlindungan, tetapi tidak meminta perlindungan daripada neraka..”(Riwayat Al-Khatib) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Taat Kepada Allah, Rasul Dan Pemimpin

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah, dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa yang derhaka kepada ketua – pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku ..”(Bukhari dan Muslim) Baca baki entri ini »

Semua Umat Muhammad Masuk Syurga Kecuali Orang Yang Enggan

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari) Baca baki entri ini »

Amalan Menjadi Teman Di Alam Kubur

Daripada Anas b. Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga perkara mengiringi jenazah; dua daripadanya akan kembali manakala hanya satu akan tinggal bersamanya. Yang mengikutinya ke kubur ialah kaum kerabatnya, hartanya dan amalan-amalannya. Kaum kerabatnya dan hartanya akan pulang; hanya amalan yang tinggal bersamanya.(Riwayat Bukhari dan Muslim). Baca baki entri ini »