Allah Hairan Dengan 3 Jenis Orang

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah s.w.t. merasa hairan kepada seseorang yang meminta, tetapi tidak meminta syurga, dan kepada seseorang yang memberi tetapi bukan memberi kerana Allah, serta kepada seseorang yang meminta perlindungan, tetapi tidak meminta perlindungan daripada neraka..”(Riwayat Al-Khatib)

1. Tidak Meminta Syurga.

Permintaan untuk memasuki Syurga adalah permintaan yang paling tinggi kerana ia adalah tempat yang paling hebat yang dimiliki Allah s.w.t yang maha hebat.

Ali-Imran [133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Syurga adalah tempat Allah s.w.t. melahirkan sifat Rahim iaitu kasih sayangnya. Ahli syurga diberi apa saja yang dikehendaki “wa lahum fii masytahat anfusuhum khooliduun”.

Anbiya [102] …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Pohon di syurga boleh melentur bagi memudahkan ahlinya makan:

Al-Insan [14] Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

2. Memberi tetapi bukan memberi kerana Allah.

Setiap pemberian yang diberi semata-mata kerana walaupun sedikit atau hanya sebesar zarah ianya tetap akan diberi ganjaran dan mendapat keredhaan Allah. Sebaliknya Allah melarang pemberian yang dilakukan bukan kerana Allah misalnya sembelihan yang tidak dilakukan kerana Allah:

Al-Maidah [3] ….dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga)

Al-Anam [121] Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa)

3.Meminta perlindungan tetapi bukan meminta perlindungan daripada neraka.

Neraka adalah tempat Allah s.w.t melahirkan kegarangannya. Neraka adalah tempat yang panas. Kepanasan api neraka itu adalah 69 kali kepanasan api di dunia. Para sahabat pernah mengatakan bahawa cukuplah kalau api neraka itu sepanas api dunia. Jawab Rasulullah “Kalau api neraka itu sepanas api dunia, ahli neraka masih boleh tidur di dalamnya“..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:“Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam.” Sahabat-sahabat Baginda berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. ”Baginda s.a.w., bersabda: “Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. “

Neraka juga adalah tempat yang gelap walaupun ia adalah daripada api. Api dan asapnya gelap gelita dan tiada cahaya (neraka berlapis-lapis, namun telalu gelap sehingga tidak boleh melihat antara setiap lapisan). 3000 tahun dibakar, 1000 tahun api merah, 1000 tahun api putih, 1000 tahun api hitam. Apabila apinya betul-betul semarak ia menjadi keras sehingga tidak nampak antara setiap lapisan.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Allah Hairan Dengan 3 Jenis Orang”

  1. Habib Ahmad Says:

    MALAM INI : Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur

    Terkini Jadual Am Pengajian Bersama Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid

    Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj di Pusat Pengajian Ba’alawi Bersama Syeikh Ibrahim Kattani dan Syeikh Usamah Ulama Al Azhar Mesir

    Majlis Pengkhataman Bacaan Kitab Sahih Al-Bukhari DI Masjid Negara

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan Julai)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: