Kehadiran Haji Yang Tidak Dikira

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”[Riwayat Thabrani]

Allah itu bersih dan suci, Allah tidak menerima sesuatu yang tidak bersih maka kita tidak boleh mendampingi Allah melalui duit atau harta yang haram.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik.

Bahkan disebut dalam hadith “Sesiapa yang dagingnya tumbuh daripada sesuatu yang haram maka nerakalah yang layak baginya” (HR. Hakim dan Ath-Thabrani). Yang paling penting pastikan duit untuk buat haji adalah dari sumber yang halal. Dalam hadith disebut “Sesiapa yang mengerjakan haji dengan harta yang halal, tidak celupar mulutnya, tidak bercakap perkara keji, tidak bergaduh dan tidak bercakap perkara yang menaikkan nafsu, dia akan pulang dengan haji yang mabrur.

“Sesiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya.” (Bukhari Muslim)

Dalam hadith yang lain disebut, “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ada amalan yang diberikan pahala, ada yang dihapuskan dosa manakala haji yang mabrur(diterima) diberikan syurga.

Orang yang melakukan haji akan membaca talbiah (Labbaikallah) yang bermaksud “Aku telah menyahut seruanMu untuk menunaikan Haji, wahai Tuhanku! Namun orang yang pergi haji dengan harta yang haram yang membaca talbiah ini untuk menyahut seruan haji dikira tidak hadir ke sana dan tidak diberi pahala.

Seruan Haji Sejak Zaman Nabi Ibrahim Lagi

Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.

Al-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya. Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.”

Haji Di Akhir Zaman

Hadis riwayat Anas ibn Malik ra, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang ertinya: Akan datang suatu zaman ketika itu orang kaya mengerjakan haji untuk melancong, orang yang sederhana pergi haji untuk berniaga, para ulama pergi haji kerana riak dan mendapat nama manakala orang fakir pula mengerjakan haji untuk meminta-minta.

Gandaan Pahala 100,000

Pahala satu Sembahyang di Masjidil Haram menyamai 100 ribu sembahyang. Pahala 1 puasa di Tanah Haram menyamai pahala puasa 100 ribu kali dan bersedekah 1 dirham mendapatkan pahala bersedekah 100 ribu dirham.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: