Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin

Dalam sebuah hadith ada disebut “Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin”. Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat sembahyang. Sembahyang boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah. Ada orang yang dinaikkan darjah kedudukannya menjadi wali kerana mengerjakan sembahyang sunat dengan banyaknya (selain sembahyang fardhu) semata-mata kerana Allah, tanpa melalui ilmu tarikat.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Wala Yazalu ‘Abdi Yataqarrabu Ilayya Bin Nawafil… sentiasalah ada hamba-hambaku yang mendekatkan dirinya kepadaku melalui sembahyang-sembahyang sunat nawafil (sembahyang sunat mutlak- bukan sembahyang mengiringi waktu)

Rasulullah s.a.w, menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan sembahyang, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat sembahyang sehari semalam juga 17). Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakat. Sembahyang itu juga adalah anak kunci syurga.

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”. Sembahyang adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah iaitu lima waktu sembahyang.

Dalam satu hadith qudsi ada disebut “Siapa sembahyang fardhu dalam waktu yang ditetapkan, maka tugas Akulah memasukkannya ke dalam syurga. Kalau mereka tidak melakukannya, terpulanglah kepadaKu.

2 Respons to “Sembahyang itu Mikraj orang Mukmin”

  1. Tanpa Nama Says:

    bukankah ayat tersebut memberitahu bahawa solat itu ada mikraj..macamana jalan mikraj tersebut..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: