Jaminan Allah Bahawa Ahli Syurga Akan Kekal Di dalamnya

Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman kepada ahli syurga: Wahai penghuni syurga! Mereka menjawab: Kami telah menyahut seruan-Mu wahai Tuhan kami, dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah bertanya: Apakah kamu sudah merasa puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, kerana Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang pun daripada makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Mahukah kamu Aku berikan yang lebih baik lagi daripada itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keredaan-Ku ke atas kamu dan setelah itu Aku tidak akan murka kepada kamu untuk selamanya (Hadis qudsi riwayat Abu Said Al-Khudri r.a.)

At-Tur [21] Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);…..

Allah pula akan mewariskan syurga miliknya itu kepada para ahli syurga. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia:

Al-A’raf [43]…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan

Maryam [63] Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertakwa dari hamba-hamba Kami.

Az-Zukhruf [72] Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan….

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Jaminan Allah Bahawa Ahli Syurga Akan Kekal Di dalamnya”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: