Darjat dan Status Di Akhirat

Israa [21]……dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Perbezaan darjat atau kedudukan (status) di akhirat adalah sangat banyak berbanding darjat di dunia. (wa akbaru darajatin…). Kalau di dunia status itu diukur bermula daripada Perdana Menteri hinggalah kepada rakyat biasa yang berkaki ayam. Namun di akhirat statusnya sangatlah banyak dan status yang paling tinggi adalah milik Rasulullah s.a.w., manakala status yang paling rendah ialah ahli syurga yang diberikan mahligai seluas 3 buah negara.

Syurga yang paling tinggi ialah al-Firdaus, umpama penthouse yang diberikan kepada golongan VIP yang kebanyakannya terdiri daripada golongan terdahulu dan sedikit sahaja daripada golongan kemudian..(Sullatun minal awwalin wa qolilun minal akhirin).

Al-Waqiah [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

Golongan VIP bertemu Allah s.w.t setiap hari, ahli syurga yang lain pula bertemu Allah setiap Hari Jumaat dan kaum perempuan pula bertemu Allah s.w.t dua kali setahun iaitu pada 2 hari raya. Namun semua ahli syurga redha dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Untuk menziarahi antara satu sama lain di syurga, mereka perlu menaiki kuda. Kuda di syurga adalah daripada yaqut (batu permata delima merah) dan ia berupaya untuk terbang dan membawa ahli syurga ke mana yang dikehendaki mereka.

Sungguhnya telah rindu Aku kepada kamu, maka ziarah oleh kamu akan Daku. Maka menungganglah segala lelaki akan kuda daripada Yaqut yang merah.

2 Respons to “Darjat dan Status Di Akhirat”

  1. nnameles Says:

    Mohon dibetulkan kesalahan di atas iaitu

    Ar-Rahman [12](Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.[13](Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian

    Sebenarnya ialah daripada Surah Al-Waqiah dan bukan Ar-Rahman.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: