Nisfu Syaaban Malam Keampunan

Aisyah r.a. menceritakan, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala turun pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban ke langit dunia dan mengampunkan dosa-dosa orang yang lebih banyak dari bilangan bulu-bulu kambing Bani Kalb.” (Hadith riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian khusus kepada langit dunia yang dekat dengan penghuni dunia iaitu manusia dan jin untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya“.

Pada malam-malam biasa Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam iaitu sepertiga akhir malam(untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya). Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus apabila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu sepertiga akhir malam.

“Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….

Sekurang-kurangnya beristigfarlah memohon keampunan Allah s.w.t. dan berzikir dengan kalimah yang amat berat timbangan nya iaitu “La ilaha illallah” untuk mengisi buku baru kita pada malam yang istimewa ini.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: