Mintalah Daripada Mereka Yang Prihatin

“Carilah kebaikan daripada orang-orang yang mempunyai sifat belas kasihan daripada umat-Ku tentu kamu akan dapat hidup di bawah lindungannya, dan janganlah kamu mencarinya daripada orang yang keras hati kerana sesungguhnya laknatku akan menimpa ke atas mereka. Wahai Ali, sesungguhnya Allah telah menciptakan kebaikan dan telah menciptakan ahlinya, maka dijadikan-Nya kebaikan itu disukai mereka, dan dijadikan mereka senang melakukannya, dan diarahkan para pencari kebaikan itu kepada mereka, sebagaimana dia mengarahkan air ke bumi yang menyimpan air untuk menghidupkan penghuninya. Sesungguhnya ahli kebaikan di dunia itu adalah ahli kebaikan di akhirat.” (Riwayat Hakim melalui Ali k.w).

Jika ingin meminta sesuatu bantuan, mintalah daripada mereka yang mempunyai sifat kasihan belas dan prihatin. Prihatinlah walaupun kepada binatang.

“Rasulullah pernah menceritakan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).

“Sebaliknya beliau juga pernah menceritakan bahwa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Allah s.w.t. bersifat Ar-Rahim, maha pengasihani maka dia juga menyukai orang yang bersifat pengasih. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang pengasih akan dikasihi Zat yang Maha Pengasih, kasihilah yang di bumi, maka yang di langit akan mengasihimu.”(HR. Tirmidzi).

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: