Rezeki Di Bumi Allah

Carilah rezeki di dalam perut bumi. (Riwayat Thabrani). 

Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya bertani dan mencari khazanah daripada dasar bumi seperti minyak, emas, perak dan sebagainya. Bahkan emas dan perak dari syurga didatangkan ke bumi ini untuk kegunaan dan perhiasan manusia.

Rasulullah s.a.w. menggalakkan pertanian dan perniagaan. Ulama berbeza pendapat tentang mana satu yang lebih baik. Rasulullah s.a.w. sendiri berniaga manakala nabi-nabi terdahulu pula bercucuk-tanam. Bercucuk tanam pula mempunyai kelebihannya dari segi pahala sedekah.

“Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Allah telah menyediakan langit dan bumi sebagai sumber rezeki dan tempat tinggal manusia, dan ianya adalah mencukupi untuk semua makhluknya.

Al-Hijr [20] Dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk yang kamu bukanlah orang yang sebenar menyediakan rezekinya.

Baqarah [36]…. dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Rezeki Di Bumi Allah”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: