Kekal Di dalam Syurga Atau Neraka

“Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, Maut akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk biri-biri yang berwarna putih bersih lalu diletakkan di antara syurga dan neraka dan kemudian berseru si penyeru, “Wahai ahli syurga.” Ahli syurga pun menyahut, “Kami sambut seruanmu wahai tuhan kami.” Kata Rasulullah s.a.w , Kemudian dikatakan kepada mereka : “Adakah kamu mengetahui apakah ini?” Mereka menjawab :”Ya kami mengetahui wahai Tuhan kami ini ialah maut. Kemudian berserulah si penyeru, “Wahai ahli neraka.” Ahli neraka pun menyahut, “Kami sambut seruanmu wahai tuhan kami.” Sabda Rasulullah s.a.w. , lalu dikatakan kepada mereka : “Adakah kamu mengetahui apakah ini?” Mereka menjawab :”Ya kami mengetahui ini ialah maut. Maka maut disembelih sepertimana seekor kambing disembelih. Oleh yang demikian ahli syurga itu merasa aman sekali manakala ahli neraka akan kecewa dan berputus asa.” [Riwayat Abu Ya’la,Bazzar dan Tabrani]Dalam hadith ini maut diumpamakan seperti kibas atau kambing biri-biri. Maut disembelih dalam hadith ini bermaksud tiada lagi kematian selepas itu. Ahli syurga gembira kerana mereka kekal di dalamnya, manakala ahli neraka kecewa mereka juga kekal di dalamnya.

Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor kibas (biri-biri yang berwarna keputih-putihan). (Abu Kuraib dalam periwayatannya menambahkan: Lalu dihentikan di antara syurga dan neraka. Kemudian keduanya sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli syurga, apakah kamu kenal apa ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah penyeru, kemudian menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi: Wahai ahli neraka, apakah kamu kenal apa ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan agar maut (kibas) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli syurga, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah saw. membacakan ayat: Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman. Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau [Sahih Muslim]

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: