Ramadhan Ditangisi Syawal Dirai

Tangisilah pemergian tetamu mulia bernama Ramadhan yang akan pergi meninggalkan kita disaat kita cuba untuk rapat dengannya serta mencuba pula untuk mendapatkan hadiah Lailatul Qadar sebelum ia berlalu pergi. Tetamu ini juga datang membawa bersamanya rahmat, keampunan dan kelepasan daripada api neraka. Adalah sia-sia  puasa yang tidak mendapat rahmat, tidak mendapat keampunan dan tidak mendapat kelepasan daripada api neraka.

Ramadhan juga adalah bulan yang panas, yang didatangkan untuk membakar nafsu dan nilai-nilai buruk yang ada pada manusia, setelah diterapkan oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya. Nilailah amalan kita sebelum ini, dan perkasakan ibadah puasa disaat akhir ini agar kita dapat kembali kepada fitrah yang asal apabila menjelangnya 1 Syawal. Baca baki entri ini »

Advertisements
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan. 2 Comments »

Video 1

Pengumuman: Audio Terkini Kuliah Tuan Guru Maulana

Bagi yang ingin mendengar audio terkini kuliah Tuan Guru Maulana Syed Noor Mohammad secara online, sila layari: http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/582/Kuliah_Puasa_Ramadan_2011 Sekiranya anda tidak mempunyai user id, sila register atau “join” terlebih dahulu dengan multiply.com.

Tingkatkan Prestasi 10 Akhir Ramadhan

Alhamdulillah pada tarikh hari ini, kita berada dalam fasa terakhir Ramadhan 1432H. Sepuluh (10) hari terakhir Ramadhan ini adalah fasa pembebasan daripada api neraka, sebagaimana disebut pada sebahagian Hadith “puasa itu adalah perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Dalam 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat istimewa iaitu Lailatul Qadar.  Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut “innamal a’malu bil khowatim”… “Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya” (Hadis Riwayat Bukhari

Baca baki entri ini »

Perbanyakkan Tiket Syurga

Dalam kitab Nasbun Nurain Jilid ke 5, Tuan Guru Maulana Syed Noor Mohammad menulis “perbanyakkan sebab untuk ke syurga dan kurangkan sebab untuk ke neraka” dan Maulana telah menyenaraikan sebahagian daripada amalan (35 amalan) yang boleh membawa ke syurga. Allah s.w.t. dengan rahmatNya telah menyediakan banyak sebab-sebab atau ‘tiket’ yang membolehkan seseorang Islam itu memasuki syurga dan menjauhi neraka. Baca baki entri ini »

Fikir Kebesaran Allah Di 10 Akhir Ramadan dan Di Malam Lailatul Qadar

Selain daripada beribadah, kita boleh juga menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan memikirkan tentang kebesaran Allah. Sekiranya kita dihadiahkan oleh Allah s.w.t dengan Lailatul Qadar ketika sedang memikir tentang kebesaranNya (Allah), bermakna kita telah mendapat kelebihan berfikir tentang kebesaran Allah selama 1,000 tahun.  Tetapi jika ditakdirkan kita tidak mendapat Lailatul Qadar,  kita masih tetap mendapat keampunanNya.  

Di antara kebesaran yang diceritakan oleh Allah s.w.t sendiri seperti yang terdapat di dalam Al-Quran ialah :  Baca baki entri ini »

Ramadan Bulan Rahmat dan Keampunan, Allah Maha Pengampun dan Pengasihani

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirnya adalah kemerdekaan (dilepaskan) dari neraka (Riwayat Imam Muslim). Dalam Quran terdapat banyak  ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »