Melayan Tetamu Mulia Bernama Ramadhan

Rasullulah s.a.w. telah bersabda kepada sahabatnya “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Maka ucaplah selamat datang kepadanya. Telah datang bulan puasa yang membawa segala bentuk keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang ini.( Riwayat At-Thabrani ).“

Tetamu ini datang membawa rahmat, ganjaran pahala dan tawaran keampunan.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya dari jilatan api neraka (Riwayat Bukhari)

Layanlah tetamu (bulan Ramadhan) ini sebagaimana kita melayan kehendak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita.

Jika tetamu kita menyukai sesuatu makanan atau masakan, maka kita sebagai tuan rumah akan menyediakan makanan mengikut selera mereka. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana Baginda menyuruh kita memberi makan mengikut apa yang disukai oleh tetamu.

Jika tetamu Ramadhan mahu kita menjaga mulut, mata, telinga dan kaki tangan daripada melakukan perkara keji dan maksiat, maka kita akan menurut kehendaknya dengan mengawal nafsu.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa,  maka janganlah dia melakukan sesuatu yang keji atau marah menjerit-jerit, jika ada orang menghamunnya atau mengajaknya berkelahi,  maka hendaklah ia (bersabar sambil) berkata (dalam hati atau dengan berterang-terang): Aku ini sedang berpuasa ..”. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil,  maka Allah tidak berhajat kepadanya meninggalkan makanannya dan minumannya” (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Insyaallah jika kita melayani kehendaknya (Ramadhan) kita juga akan diampunkan dosa sepertimana dosa tuan rumah yang diampunkan setelah tetamunya pulang. Tetamu ini (Ramadhan) hanya datang setahun sekali, maka layanlah dia sebaik-baik mungkin agar kita mendapat keampunan setelah ia pulang nanti.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dalam keadaan mengetahui batas-batas larangannya, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjaga diri daripada melakukan sesuatu yang merosakkan puasanya, (maka dengan itu) akan diampunkan dosanya yang telah lalu” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: