Isu Sembahyang Tarawih

Ada orang mengatakan “Kami buat tarawih 8 rakaat sebab nabi buat 8. Kami buat tarawih 8 rakaat lepas tu tazkirah kerana menuntut ilmu lebih baik daripada 1,000 rakaat solah sunat. Lagipun masa inilah jemaah ramai di masjid. Benarkah begitu? Disini kami mengupas dan membincangkan isu ini secara ilmiah.

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solah malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang mendirikan (solah) malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

1) Rasulullah s.a.w. melakukan tahajjud 8 rakaat, Sayyidina Umar mengasaskan Tarawih 20 rakaat

Dalam hadith disebut sembahyang malam dan bukannya sembahyang Tarawih. Rasulullah saw telah mengawalkan sembahyang malamnya (tahajjud) sebanyak 8 rakaat bagi memenuhi malam pada bulan Ramadhan. Pada malam-malam Ramadhan, Rasulullah s.a.w. sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat selepas Isyak hinggalah hampir waktu Subuh, barulah Baginda berhenti untuk bersahur.

Sayyidina Umar bimbang umat tidak mampu melakukan sembahyang malam yang lama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., maka dilakukan Sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat (yang lebih pendek masanya) bagi memenuhi malam-malam Ramadhan. Saiyidina Umar berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid’ah yang baik”. Namun sebenarnya ia bukanlah bidaah kerana mengikut Kitab Akidah yang besar iaitu Kitab Nibras, “Bidaah itu ialah tiap-tiap sesuatu perkara agama yang lahir selepas zaman sahabat nabi yang tiada dalil syarak”. Selain itu kita juga adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, sunnah dari Nabi dan Jamaah itu dari para sahabat Nabi.

2) Semua 4 mazhab memilih 20 rakaat

Sembahyang Tarawih yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama’ dari kalangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a. Dari Al-Sa’ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan sembahyang tarawih dalam bulan Ramadhan – pada zaman Saiyidina Umar bin al-Khattab, sebanyak dua puluh rakaat.

3) Sembahyang Tarawih Hanya Pada Bulan Ramadan, Menuntut Ilmu Sepanjang Masa

Majlis pengajian atau tazkirah boleh diadakan selepas Subuh, sebelum Zohor, selepas Asar. Selain itu di luar negara misalnya di India, mereka tetap sembahyang tarawih 20 rakaat dan setiap 4 rakaat imam akan menerangkan tentang ayat yang dibacanya. Maka mereka melakukan tarawikh 20 rakaat beserta tazkirah tentang ayat yang dibaca.

4) Menuntut Ilmu Besar Pahalanya Tapi Kenalah Pada Masanya

Tidak dinafikan menuntut ilmu lebih besar pahalanya. Begitu juga membaca surah Al-Fatihah, tetapi Al-Fatihah hanya dibaca semasa berdiri dan tidaklah dibaca semasa rukuk dan sujud. Begitu juga halnya dengan menuntut ilmu di malam-malam Ramadhan. Tambahan pula Rasulullah s.a.w. menyebut “sembahyang malam” pada malam-malam Ramadhan.

Memang bulan inilah jemaah ramai datang ke masjid, tetapi jika mereka tidak mahu mendengar tazkirah yang disampaikan, mereka tetap akan pulang ke rumah.

5) Dibimbangi Sembahyang Tarawih 8 rakaat Tidak Dapat Memenuhi Kriteria Menghidupkan Malam Bagi Mendapat Pengampunan Dosa.

Sembahyang 8 rakaat hanya mengambil masa yang pendek dan sekejap sahaja berbanding 20 rakaat. Sembahyang malam 8 rakaat Rasulullah mengambil masa yang panjang, kerana itu Sayyidina Umar menggantikannya dengan sembahyang tarawih 20 rakaat, yang lebih pendek tetapi masih memenuhi sebahagian malam. Dibimbangi sembahyang yang sekejap itu tidak memenuhi kriteria menghidupkan malam yang dijanjikan keampunan dosa.

“ Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solah malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solah malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

6) Sembahyang Tarawih 20 Rakaat Beserta Khatam Quran

Ini sangat besar kelebihannya, kerana 2 ibadah  ini, dilakukan dalam satu masa iaitu sembahyang dan juga membaca quran dilakukan serentak. Lebih banyak bilangan rakaat, lebih besarlah pahalanya dan lebih banyak bilangan ayat yang dibaca maka lebih besar jugalah pahalanya.

“Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu (Ramadhan) dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib, dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu” (Dalam hadith Riwayat Salman r.a.)

4 Respons to “Isu Sembahyang Tarawih”

  1. Abu Idris Says:

    arrayah.info – Arahan Khalifah Laksanakan Solat Tarawih secara Berjemaah

  2. Iman Says:

    buar je la ibadah yg termampu. yang penting ikhlas. Allah tahu tahap mana kemampuan makhluknya. nama pun sunat. kalau solat tahajjud malam termasuk perkara sunat, apatah lagi terawih yg jelas solat sunat ringan (berehat) . Asal niat nak keampunan..maka kalau 2 rakaat sekali pun, jika ikhlas dan Allah menerimanya sudah memadai drpd banyak solat sunat, tapi tak diterima sekalipun perkara2 fardhu yg lain, maka menjadi lebih mudharat..lillahitaala..bukan pahala yg dicari ditakuti cita2 itu akan menjadi azab buat kita..wallahualam

  3. sulaiman Says:

    Terima kasih kerana beri pendapat.

    Tidak dinafikan kita solah untuk dapat keampunan..”Sesiapa yang solah malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu”

    Selain keampunan, Rasulullah s.a.w. juga sebut tentang pahala:

    “Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu (Ramadhan) dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib, dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu” (Dalam hadith Riwayat Salman r.a.)

    Jadi kalau kita ikhlas dan buat lebih banyak rakaat maka lebih banyaklah pahala.

    Betul Tarawih itu rehat, jadi banyakkan rehat dengan lebih banyak bilangan rakaat. Sembahyang dan mendengar bacaan quran dalam sembahyang itu satu kerehatan..

  4. abunorMansur Says:

    Oang yang tidak khusyuk saja yang sembahyang sikit. Orang yang khuysuk dalam sembahyannya dia rasa tak mahu keluar dari acara sembahyang tu. Macam orang asyik tengok filem hindustan 3 jam duduk depan tv pun sanggup. Siap menangis, ketawa, rasa geram dan macam-macam rasa lagi waktu tu. Bagi kawan dia tentu kata tak faedah betul buang masa tengok tv 3 jam. Bagi sipeminat filem hindustan tu rasa feeling tu yang seronoknya. Sembahyang tu macam tulah yang sebenarnya. Rasa feeling bersama TUHAN. Itulah yang saya rasa dan fahami setakat ini.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: