Matlamat Dan Ganjaran Sembahyang, Puasa, Zakat, Haji

Setiap ibadah yang difardhukan mempunyai fokus dan matlamatnya yang tersendiri. Matlamat sembahyang 5 waktu ialah menghubungkan umat Islam dengan Allah s.w.t. sebanyak 5 kali sehari (hablun minallah) dan zakat pula menghubungkan antara golongan kaya dan golongan miskin (hablun minan nas). Fokus ibadah puasa Ramadhan pula ialah untuk melahirkan ketakwaan manakala ibadah haji pula melahirkan perasaan kasih sayang kepada Allah.

Setiap ibadah ini juga diberikan ganjaran syurga oleh tuan punya syurga itu sendiri dan dijauhkan daripada azab neraka.

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (Mukminun:9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (Mukminun:10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Mukminun:11). 

Al-Lail [17] Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab Neraka) itu daripada orang yang sungguh bertakwa; Al-Lail [18] Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya.

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa…

“Haji mabrur (yang diterima) itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: