Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Rasulullah s.a.w. bersabda “Elakkan diri daripada dosa-dosa yang remeh (kecil) sesungguhnya ia berkumpul di atas seseorang sehingga ia membinasakannya (Haqaiqus Sunan 1/156).

Dosa-dosa kecil yang sedikit lama-lama akan menjadi bukit (dosa besar) sekiranya kita tidak memohon keampunan atau beristigfar memohon keampunan daripada Allah s.w.t

Telah diriwayatkan oleh Al Dailami daripada Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda, dosa besar tidak berkekalan jika diistighfarkan (mohon keampunan) dan dosa kecil akan kekal jika ia dilakukan secara beterusan (Khazinatul Asrar 1/83)

Setiap dosa atau maksiat menumbuhkan satu titik hitam dalam hati, sekiranya tidak dibersihkan dengan taubat atau istigfar, maka ia akan menutup cahaya iman dalam hati kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Apabila dosa dilakukan secara berterusan dan tidak dicuci dengan istigfar, maka malaplah cahaya iman. Setelah cahaya iman itu malap, maka dosa yang besarpun dianggap kecil, sehingga ada yang berkata “aku cuma minum arak sekali seminggu je” atau “aku cuma tinggal sembahyang je”, sedangkan satu sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja itu akan menghentak kepala mereka sendiri sehingga pecah:

“Rasulullah s.a.w. diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya “Siapa ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu”. ( Riwayat Thabrani )


————————————————————————————————————————————————————————

 

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: