Puasa, Iman dan Takwa

Al-Baqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Salah satu daripada ciri orang yang bertakwa (takutkan Allah) ialah mereka yang beriman kepada perkara ghaib (yang terkandung dalam rukun iman). Daripada 6 rukun iman, 4  perkara adalah yang ghaib (Allah, Malaikat, Hari Kiamat, Qada’ dan Qadar) dan hanya 2 perkara yang boleh dilihat iaitu kitab-kitab dan rasul (para sahabat boleh melihat Rasulullah). Iman yang dikehendaki Allah s.w.t ialah secara ghaib sepertimana firmannya:-

Baqarah [3] Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib ….

Antara perkara ghaib ialah syurga iaitu “jannah” dalam bahasa Arab. Perkataan “Jannah” terhasil dari huruf Jim dan Nun, apabila keduanya bertemu ia membawa maksud sesuatu yang tersembunyi. Syurga ialah sesuatu yang tidak nampak dipandang dengan mata. Perkataan “Jin” adalah berasal daripada huruf Jim dan Nun. Selain itu ada juga perkataan “Junnah” yang bermaksud perisai, seperti yang disebutkan dalam hadith “puasa itu perisai”.

Iman yang dikehendaki adalah secara ghaib. Apabila datangnya tanda-tanda daripada Allah (yang diperlihatkan ketika sakaratul maut), maka tidak berfaedah lagi seseorang yang kafir itu mengaku beriman atau seorang yang berdosa itu bertaubat daripada dosanya sepertimana iman Firaun yang tidak diterima setelah nyawanya berada di halkumnya.

Al-Anam [158] Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka) atau kedatangan (azab) Tuhanmu atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya….

Matlamat puasa Ramadhan ialah untuk melahirkan ketakwaan dan balasan yang disediakan bagi orang yang bertakwa (muttaqin) adalah syurga yang luas.

Ali-Imran [133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Muhammad [15]Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan dari Tuhan mereka

Takwa itu luas “area” dan skopnya, ia meliputi segala yang fardu dan juga yang sunat. Tahap dan kategori takwa adalah berbeza-beza antara seorang muttaqin (orang yang bertakwa) dengan yang lain.

Selain itu orang yang bertakwa dipermudahkan urusannya:

At-Talaq [2]…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: