Takwa

Rasulullah s.a.w pernah mengatakan “At-Taqwa haa hunaa” yang bermaksud takwa itu letaknya di sini, sambil menunjuk kepada dadanya (hatinya).

Takwa itu letaknya di hati. Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan).

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Matlamat puasa adalah untuk melahirkan ketakwaan. Takwa secara mudahnya bermaksud takut, takut yang dimaksudkan itu bukanlah seperti takutkan sesuatu misalnya takutkan harimau, tetapi takut daripada segi keimanan, takut yang bermaksud hormat kepada Allah.

Takut Allah murka, takut Allah tidak suka

Ketakwaan adalah kepala atau kemuncak segala ketaatan (ibadah).

Hanya dengan takwa (takut) kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar ketakwaan maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan dan Islam diberi kekuasaan.

Bahkan lafaz “ittaqullah” (bertakwalah kamu kepada Allah) adalah rukun dalam khutbah sembahyang jumaat bagi mazhab Syafie dan tidak boleh ditukarkan dengan perkataan lain.

Tahap Ketakwaan

Tahap dan kategori takwa adalah berbeza diantara seseorang muttaqin (orang yang bertakwa) dengan yang lain.

Takwa Tahap Orang Awam.

Taghabun [16] Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya).

Tahap Takwa Orang Alim

Fatir [28] ..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Sekiranya kita tidak mampu untuk mencapai tahap takwa orang alim (iaitu takut sebenar-benar takut), maka sekurang-kurangnya kita takutlah kepada Allah sedaya upayanya dengan berakhlak mulia dan beribadat mengikut kemampuan.

Cara Mendapatkan Takwa

Untuk mendapatkan ketakwaan, asuhlah hati dan carilah ilmu serta didikan. Ilmu ialah teori manakala didikan ialah praktikal. Didikan (ilmu yang diamalkan) adalah penting dan ia mengatasi ilmu yang dipelajari. Setelah berilmu, amalkanlah dan pakailah pakaian yang melambangkan takwa:

Al-A’raf [26] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.

Semakin bertambah ilmu, sepatutnya semakin takut kita kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah zuhudnya, sesungguhnya dia telah bertambah jauh dari Allah”  (Riwayat Ad-Dailami daripada Sayyidina Ali KRMWJ).

Semakin bertambah ilmu juga sepatutnya semakin bertambah amalan.

Sesiapa yg bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya (amalannya) tidak bertambah, maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah” (Riwayat Abu Mansor Ad-Dailami)

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu akhirat (agama). Seperti kata pepatah melayu,”ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk”. Semakin berilmu, semakin warak, semakin zuhud, semakin takut kepada Allah dan semakin banyak beribadat kepadanya.

 

————————————————————————————————————————————————————————

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Takwa”

  1. Persaudaraan Islam « Nasbun Nurain Says:

    […] tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: