Tidak Salah Berdoa Minta Syurga

Nabi Ibrahim a.s. sendiri pernah berdoa seperti yang diceritakan dari firman Allah s.w.t “Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim; (Shuara:85)

Terdapat ahli tarikat yang berpendapat bahawa setiap amalan atau ibadah yang dilakukan adalah semata-mata kerana Allah, tidak mengharapkan balasan syurga atau takutkan azab neraka. Mengikut syariat, berdoa meminta syurga tidaklah menjadi kesalahan, kerana ini pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang diceritakan kepada kita di dalam Al-Quran sebagai pengajaran. Selain itu, dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Jika kamu meminta syurga Allah, maka mintalah syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling tinggi dan paling tengah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga dan di atasnya ada Arasy Rabb yang Maha Pemurah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bahkan Allah s.w.t. merasa hairan dengan orang yang tidak meminta syurga. Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah s.w.t. merasa hairan kepada seseorang yang meminta, tetapi tidak meminta syurga, dan kepada seseorang yang memberi tetapi bukan memberi kerana Allah, serta kepada seseorang yang meminta perlindungan, tetapi tidak meminta perlindungan daripada neraka..”(Riwayat Al-Khatib)

————————————————————————————————————————————————————————

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: