Hubungan Suami Isteri Di Bulan Ramadhan

1) Kisah Sahabat Nabi Mencampuri Isterinya Di Siang Hari. 2) Batasan Hubungan Suami-Isteri Yang Ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. 3) Kifarah Hanya Ke atas Suami. 1) Kisah Sahabat Nabi Mencampuri Isterinya Di Siang Hari.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata:“Celakalah saya wahai Rasulullah!” Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?” Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”

Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!” “Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!” “Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”Kemudian dia duduk.

Ketika itu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. sebakul kurma, lalu Baginda memberikan kepada lelaki tersebut. Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin daripada kami? Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”Mendengar yang sedemikian Rasulullah s.a.w. tersenyum sehingga nampak gigi Baginda, lalu Baginda bersabda: “Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” [Riwayat Muslim].

2) Batasan Hubungan Suami-Isteri Yang Ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. pernah mencium (isterinya) padahal Baginda sedang berpuasa dan pernah bermesra-mesraan (dengan isterinya) padahal Baginda berpuasa. Akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu mengendali nafsunya di antara kalian. [Sahih Muslim]

Puasa adalah perisai yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan.  Sesuatu kejahatan itu boleh berlaku apabila manusia menurut kehendak nafsunya. Suami-isteri yang dilarang melakukan perhubungan seks  di waktu siang hari dalam bulan Ramadhan adalah bagi mengekang kehendak nafsu, dimana nafsu adalah merupakan ibu kepada kejahatan. Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan batasan hubungan yang dibenarkan, namun Baginda adalah orang yang paling mampu mengawal nafsunya.

3) Kifarah Hanya Ke atas Suami.

Mengapakah kifarah hanya dikenakan ke atas para suami? Ini kerana, lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya. Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh  2 orang diletakkan ke atas 1 orang.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki… telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

11 Respons to “Hubungan Suami Isteri Di Bulan Ramadhan”

  1. mohmad shalan bin jasman Says:

    Mohon jawapan adakah kifarah tersebut juga diwajibkan kepada orang yang bersetubuh dengan isterinya pada siang hari dalam keadaan dia telah membatalkan puasa terlebih dahulu ?

  2. mohd michael syafiq Says:

    adakah sah puasa jika hubungan seks dilakukan selepas imsak?

    • sulaiman Says:

      Sah jika selesai sebelum masuk waktu subuh (imsak 10 minit sebelum subuh). Batal jika telah azan.
      Puasa mula start masuk waktu Subuh, bukan Imsak.

  3. setiajaya Says:

    Salam,
    takat mana had dibenarkan perhubungan suami isteri di ramadhan ini

    • sulaiman Says:

      Salam.. Rasulullah s.a.w. sendiri mencium isterinya, cuma kita dinasihatkan agar tidak melakukannya kerana dibimbangi tidak dapat mengawal nafsu.

  4. hendra Says:

    mohon penjelasan mengenai kisah sahabat Rasulullah yang melakukan hubungan suami istri di siang hari pada saat bulan ramadhan

  5. Ahmad AlBakari Says:

    assalam, saya dan isteri mandi bersama di siang hari dalam bulan posa dan isteri saya mnghisap kemaluan saya tetapi tidak lah sampai saya terpancut..isteri tidak berpuasa kerana keuzuran. apa kah hukum dan kedudukan puasa saya. kami juga bermesra-mesra dalam keadaan bogel tetapi tidak lah melakukan persetubuhan. harap dapat memberi penjelasan

    • sulaiman Says:

      Wassalam.. tidak batal puasa jika tidak berlaku persetubuhan. Rasulullah juga mencium isterinya tetapi kita orang awam dibimbangi terbabas.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: