Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani

Antaranya: 1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa 2)Makan Sahur, Mempercepatkan Berbuka Puasa, Melewatkan Sahur. 3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid. 4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura. 5) Memakai Selipar Ketika SembahyangBaginda Mulia telah membezakan amalan umat Islam agar mereka tidak menuruti amalan Yahudi dan Nasrani yang menyembah berhala. Bahkan Baginda berpesan:

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian;…

1) Berdoa Selepas Makan Kecuali Ketika Berbuka Puasa 

Dalam Islam, doa sebelum makan hanya dibaca ketika berbuka puasa. Ketika memulakan makan selain daripada berbuka puasa, Rasulullah s.a.w. hanya membaca “Bismillah….” dan berdoa selepas makan (doa memuji Allah yang memberikan makanan).

Diriwayatkan hadith dari Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Nabi s.a.w. ketika sudah selesai makan dan ketika telah selesai minum, Baginda membaca (doa) “Alhamdulillahillazi at’amana, wa-saqona, wa-ja’alana minal muslimin’ [Maksudnya: Segala pujian bagi Allah  yang memberikan aku makan dan memberikan aku minum dan menjadikan aku orang Islam.’ [Hadith at-Tirmidzi]

Doa seperti “Allahumma bariklana fima razaktana” sepatutnya dibaca selepas makan kerana “razaktana” bermaksud “telah memberi rezeki”. Bahasa yang digunakan adalah dalam bentuk “past tense” (telah memberi rezeki dan rezeki itu telah masuk ke dalam perut). Berdoa sebelum makan adalah amalan orang Kristian. Mereka membaca doa kesyukuran sebelum makan dan mereka berdoa “Dear God, we thank you for the food”

2) Sahur & Berbuka Puasa

Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Agama akan sentiasa tampak syi’arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.

3) Makan Dan Tidur Bersama Isteri Yang Sedang Haid.

Daripada Anas r.a. bahawasanya orang-orang Yahudi apabila isteri-isteri mereka haidh, mereka tidak makan bersama-sama dengannya, dan tidak mahu tinggal bersama-sama di dalam rumah.

Dari Abdullah bin Sa’ad ia berkata:Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang makan bersama-sama dengan perempuan yang haidh, lalu Baginda menjawab: Makanlah bersama-sama dengannya” (HR.Ahmad dan Tirmidzi)

Daripada Siti Aisyah r.a., beliau berkata “Aku pernah minum, padahal aku sedang haid, lalu aku memberikan kepada Rasulullah alaihi wassalam, kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku, lantas Baginda minum. Dan aku pernah menggigit-gigit daging yang masih melekat ditulang,  lalu aku berikan kepada Rasulullah kemudian ia meletakkan mulutnya ditempat bekas mulutku. (HR.Jama’ah kecuali Bukhari dan Tirmidzi)

Daripada Aisyah r.a. ia berkata: Adalah seorang di antara kami apabila berhaid, sedang Rasulullah s.a.w. ingin tidur bersama-sama, maka Baginda memerintahkannya untuk menutupi dengan kain di tempat haidnya, kemudian Baginda tidur bersama-sama”(H.R.Ahmad, Bukhari, dan Muslim)

4) Menambah Puasa Sehari Sebelum Atau Selepas Hari As-Syura

Rasulullah s.a.w. bersabda “Berpuasalah kamu pada hari `Asyura’ dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (Hadits riwayat Ahmad)

5) Memakai Selipar Ketika Sembahyang

Semasa Nabi Musa bermunajat kepada Allah di Bukit Thur, baginda diperintahkan agar menanggalkan seliparnya. Riwayat lain pula ada menyebutkan, bahawa orang-orang Yahudi tidak akan mengerjakan sembahyang sehinggalah mereka menanggalkan selipar-selipar mereka, maka Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya supaya berbeza dengan mereka. Oleh kerana itulah, harus (boleh) bagi umatnya bersembahyang dengan memakai selipar.

35 Respons to “Rasulullah Memperbezakan Amalan Islam Daripada Yahudi Dan Nasrani”

  1. easys2 Says:

    salam, saya nak tanya.
    1-yang kita baca sebelum makan selama ini tu sepatutnya kena baca selepas makan ke? “Allahumma bariklana fima razaktana”.
    2-kiranya sebelum makan tu baca bismillah sahaja ke?
    3-kenapa amalan kita selama ini mengajar agar kita membaca “Allahumma bariklana fima razaktana” sebelum makan ya?

    • sulaiman Says:

      Salam,

      1- Sepatutnya selepas makanlah, sebab doa itu dalam bentuk past tense
      2 – Ye betul
      3- Mungkin kita tidak faham yang doa itu adalah dalam bentuk “past tense”. “Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah engkau berikan kepada kami “.
      Ia tidak jadi rezeki kita selagi tidak masuk ke dalam perut kita.

      • Tanpa Nama Says:

        Rezeki tu ialah makanan yg dikurniakan Allah. Umpama wang – adakah sebelum digunakan untuk membeli barangan , wang tsbt belum dikira rezeki? Adakah apabila dah dibelanjakan baru dikira rezeki. Adakah seorang petani yang telah menuai hasil , belum dapat rezeki sehinggalah hasil itu dijual dan wang jualan itu digunakan?

      • sulaiman Says:

        Rezeki bukan sekadar wang atau makanan.. Ia termasuk ilmu, anak, isteri yang dikurniakan. Wang itu rezekilah, tetapi ia juga boleh menjadi rezeki orang lain bila disedekahkan.

  2. si celik Says:

    salam
    easys2 tanya tntg doa sblum makan yg maknanya mntak jauh azab api neraka..yg sulaiman terangkan yg past tense tu..tu doa slepas makan

    • sulaiman Says:

      Salam, doa tu satu pakej… maksudnya dengan rezeki yang kita telah makan itu, kita minta agar tenaga yang kita perolehi daripada makanan itu tidak menyebabkan kita masuk neraka (dengan melakukan maksiat)

  3. Rodrigo Says:

    Yang dah ada depan mata, atas meja tu bukan “rezeki yang telah diberikan” lagi ke? Ada ke nak kena tunggu masuk perut dulu baru dianggap rezeki?

    • sulaiman Says:

      Belum tentu jugak…mungkin mati sebelum makan tu..ataupun tercekik dan termuntah.

      • Rodrigo Says:

        Ya Allah, ya tuhanku. Tu rezeki la tu. Dah terhidang siap atas meja. Rezeki la tu. Dari Allah subhanawata’ala.

        Tu sebab kita ada dua doa: sebelum makan dan selepas makan. Doa sebelum makan tu untuk mengucapkan kesyukuran ke atas rezeki yang terhidang YANG BELUM DIMAKAN. Doa selepas makan pula untuk mengucapkan kesyukuran ke atas rezeki YANG SUDAH DIMAKAN.

      • sulaiman Says:

        Dalam hadith, Nabi cuma suruh baca bismillah…sebelum makan.
        Ada dalil ke yang menyatakan tentang doa sebelum makan itu?

      • Rodrigo Says:

        Nabi juga ada bini berbelas-belas. Habis tu?

      • sulaiman Says:

        Nabi Muhammad s.a.w. ada 12 isteri. tetapi Nabi Daud lagi ramai, 100 orang isteri. Yahudi tak bising pun pasal Nabi Daud isteri ramai sebab Nabi Daud bangsa mereka juga.

      • Rodrigo Says:

        You’re missing the point.

  4. Rodrigo Says:

    RATA-RATA satu Malaysia, kalau tidak satu dunia sekalipun, para Mufti dan alim ulamak, mengiktirafkan doa “Allahumma…” tersebut sebagai doa sebelum makan.

    Apakah qualification Tuan yang membenarkan Tuan berkata sebaliknya?

    • sulaiman Says:

      Tuan Guru Maulana Syed Noor Muhammad juga berkelulusan mufti dan beliau juga belajar kitab Resmul Mufti.

      • Rodrigo Says:

        Okay, dan apa yang membuatnya lebih arif daripada mufti-mufti dan alim ulamak lain yang mengiktirafkan doa tersebut sebagai doa sebelum makan?

      • sulaiman Says:

        Saya tak kata dia arif..Saya cuma tulis pandangannya berasaskan dalil dan hujah.
        Kalau tak setuju saudara bebas memilih pendapat mufti lain.

      • Rodrigo Says:

        Tapi bukankah blog sebegini boleh mendatangkan kekeliruan pada umat Islam?

      • sulaiman Says:

        Apa nak keliru, dalam hadith dah sebut baca bismillah sebelum makan. Daripada Aisyah radliyallah ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

        فَإِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَقُولَ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ
        “Apabila seorang daripada kamu ingin makan, hendaklah dia membaca ‘bismillah’. Dan jika dia lupa membaca di awalnya, hendaknya ia membaca ‘bismillaahi fii awwalihi wa aakhirihi’.” (HR. Ahmad, al Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

      • Rodrigo Says:

        So, apa hukum baca doa sebelum makan? Haram dan berdosa besar?

      • sulaiman Says:

        Mana boleh kata haram. Haram tu untuk perkara yang berdosa dan boleh membawa ke neraka.
        DI sini kita cuma bincang pasal membezakan amalan Islam daripada Yahudi/Kristian.

      • Rodrigo Says:

        Dan kenapa 99% ulama’ di Malaysia semua mengiktiraf doa sebelum makan tersebut? Ada ke diorang semua tu bodoh?

      • sulaiman Says:

        Walallahu A’lam

  5. Rodrigo Says:

    Kalau tak haram, apa hukumnya? Dalam Islam, cuma ada 5 hukum. Maka, kalau tak haram, apa hukumnya membaca doa sebelum makan?

  6. Rodrigo Says:

    Penganut Yahudi menutup kepala dengan ketayap atau topi ketika bersembahyang. Macam mana pulak tu, ya? Ada ke kita lepas ni jangan pakai sarban atau ketayap atau songkok sebab nanti sama dengan penganut Yahudi?

    • sulaiman Says:

      Isunya bukan jangan buat apa yang Yahudi buat tetapi “bezakan cara kita buat”.
      Dalam berserban pun Nabi suruh bezakan daripada kaum Musyrik. Rasulullah SAW bersabda:”Serban atas ketayap adalah perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin, akan diberikan pahala pada hari Kiamat bagi tiap-tiap lilitan serban yang dililiti seseorang atas kepalanya satu cahaya”.

  7. faiez Says:

    As-salam sulaiman, saya bersetuju dengan anda. Rasulullah saw bersabda (Taraktu fii kum amaraini, ma in tamassaktum bihi ma, lan thudillu abadaa…aw ka maqqal) yang bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu (umatku) dua perkara, barang siapa yang berpegang teguh kepadanya maka tidak akan sesat ia selam-lamanya (yakni Al-Quran dan As-Sunnah). Dalam Islam ni kita ada 5 pegangan mengikut heirarki iaitu AL-QURAN, AS-SUNNAH (HADIS), IJMA’ ULAMA’, QIYAS, MASALIH WAL MURSALAH. Jelas dah kedudukannya tu… Adakah en.rodrigo nak kata ulama’ lebih PANDAI @ AGUNG daripada Baginda Rasulullah saw? (Bukannya saya merendahkan ulama’ ye..kena faham tu). Wallahu a’lam..

    • Muhammad Nazrul Says:

      فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

      Salam.. Saya setuju dengan anda, Sulaiman dan Faiez..
      Imam Syafi’i pernah mengatakan ‘setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang shahih dari Nabi Muhammad SAW, Hadits Nabi lebih utama dan kalian jangan bertaqlid kepadaku’
      Allah SWT telah berfirman dalam
      Sura An-Nisa’ 4:65
      ‘Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.’
      Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kalian semua,. Amin Ya Rabbal Alamin..

  8. sharaid Says:

    Saya cadangkan Saudara Rodrigo ke majlis Maulana untuk mengenal dan mendengar kuliah beliau yang serba ringkas, bernas dan senang difahami.

  9. mohd-faisal Says:

    sy stuju pendapat sulaiman ,faiez,mohamad nazrul hehehe.

  10. salafin Says:

    benar ape yang tuan sampaikan.. sebenarnya masyarakat hari ini telah taklid buta dengan pak ustad. mereka lebih suka ikut tanpa mencari kebenaran.. sunnah yg jelas ialah selisihilah apa yang org yahudi dan nasrani lakukan…

  11. Mohammad Firdaus Says:

    betul…………..tu saye setuju….depa ni bagitahu……….lepas lah bahagian depa……………yang en rodrigo….tanya macam22 apa hal……..tak setuju takpe…………boleh je amal seperti biasa………….kalu nak tanye banyak…………pergi belajar…ataupun buat rujukan sendiri…pade saye……………kalua tak nak ni seribu alasan…………..semuge ALLAh beri hidayah pada semua

  12. Hamba Allah Says:

    Wahai En.Rodrigo, jangan nak memperbodohkan diri anda sendiri dengan soalan-soalan bodoh macam tu. anda sendiri yang anggap Islam ni susah..sungguh rendah iman mu wahai manusia. kau sendiri yang membuatkan dirimu keliru dengan soalan-soalan bodohmu sendiri. sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W LEBIH mengetahui segalanya berbanding kamu. Jangan mempersoalkan benda yang engkau tak tahu. belajar dahulu agama Islam dengan sedalam-dalamnya. Baca Quran, sunnah dan hadith, fahaminya, barulah bertanya. Astaghfirullahalazim..

    • Muhammad Siddiq Says:

      Sebab tak tahu lah, kita bertanya dan kita tahu apa yang ditanya itu tidak pernah terpikir oleh kita mahupun ia membantu perkongsian ilmu. Tuan ‘hakim’ sekalian, apa yang dilihat jangan percaya, apa yang didengar jangan percaya, siasatlah sebaik-baiknya kerana sesungguhnya fitnah akhir zaman ke atas kita semua. Tidakkah kalian ragui identiti/personaliti yang rancak mengujar bicara.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: