Hadiah Allah Kepada Umat Muhammad Di Bulan Ramadhan

Apabila Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada para sahabat tentang bagaimana Bani Israil berjihad dan mengangkat pedang untuk berperang selama 83 tahun, maka para sabahat berdukacita dan terkilan mengenangkan yang mereka tidak mampu berjihad seperti jihad Bani Israil itu. Lalu Allah s.w.t. menghadiahkankan malam Lailatul Qadar kepada para sabahat, termasuk kita dan semua umat Nabi Muhammad s.a.w. melalui tetamunya yang mulia yang datang bertandang yang bernama Ramadhan.

Bulan Ramadhan dan Puasa Ramadhan adalah tetamu.  Sesiapa yang melayannya dengan baik, dengan mengikut gaya dan kehendaknya, ya’ani mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum tetamu ini pergi meninggalkan kita, Allah akan memberi satu hadiah yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam. (*Malam Nisfu Syaaban adalah kedua paling tinggi selepas Lailatul Qadar). Malam Lailatul Qadar diturunkan atau dijadikan oleh Allah, adalah untuk meningkatkan kedudukan atau darjat seseorang manusia.  Barangsiapa yang dapat bertemu dengannya dalam keadaan sedang melakukan apa jua ibadat atau memikirkan (bezikir) akan kebesaran Allah, maka dia diberi ganjaran pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan.

Firman Allah s.wt. : Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah bagi memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia:

Firman Allah s.w.t : Al-A’raf [43]…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Hadiah Allah Kepada Umat Muhammad Di Bulan Ramadhan”

  1. Hadiah Allah Kepada Umat Muhammad Di Bulan Ramadhan | History Education – Renaissance Says:

    […] diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.  https://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/08/17/hadiah-allah-kepada-umat-muhammad-di-bulan-ramadhan/ -7.265278 112.742500 Share this:TwitterFacebookEmailPrintLike this:SukaBe the first to like this […]


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: