Fikir Kebesaran Allah Di 10 Akhir Ramadan dan Di Malam Lailatul Qadar

Selain daripada beribadah, kita boleh juga menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan memikirkan tentang kebesaran Allah. Sekiranya kita dihadiahkan oleh Allah s.w.t dengan Lailatul Qadar ketika sedang memikir tentang kebesaranNya (Allah), bermakna kita telah mendapat kelebihan berfikir tentang kebesaran Allah selama 1,000 tahun.  Tetapi jika ditakdirkan kita tidak mendapat Lailatul Qadar,  kita masih tetap mendapat keampunanNya.  

Di antara kebesaran yang diceritakan oleh Allah s.w.t sendiri seperti yang terdapat di dalam Al-Quran ialah : 

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin, (Zariyat:20) Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (Zariyat:21).

Fikirkan kebesaran Allah yang menurunkan hujan daripada air laut yang masin dan Allah menyulingnya sehingga ia menjadi tawar.

Al-Waqiah [69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?Al-Waqiah [70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur

Fikirkan kebesaran Allah yang memisahkan hampas makanan dan susu yang berada dalam kilang perut dan menghasilkan susu yang lazat diminum yang berasal daripada darah. Susu lembu atau kambing dan juga susu ibu itu sedap diminum tanpa berbau darah.

An-Nahl [66] Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta tulang yang keras daripada air mani,  mencipta yang lembut seperti mata dan otak dan daripada air ini juga. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang boleh mencipta benda keras dari benda yang lembut.

Mukminun [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta manusia dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan dalam perut, kegelapan dalam rahim dan kegelapan tembuni bayi:

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta pusar jari yang berbeza-beza bagi setiap manusia, dan pusar jari pula berada di dalam satu kawasan ibu jari/jari lain yang kecil (biometrik) luasnya.

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (Qiyamah:3) Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Qiyamah:4)

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta kejadian buah-buahan pelbagai rasa, (ada yang masam dan ada yang manis) sedangkan ia disiram dengan air yang sama :-

Ar’-Rad [4] Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

Fikirkan kebesaran Allah yang mencipta jalan-jalan di langit yang boleh digunakan oleh kapal terbang.

Az-Zariyat [7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Terlalu banyak kebesaran Allah yang tidak mampu kita senaraikan kesemuanya. Bagi orang yang berakal akan memikirkan kebesaran Allah melalui ciptaannya.

Ali-Imran[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

Ar-Ruum [8] Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)? Dan sebenarnya ramai di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

Advertisements

2 Respons to “Fikir Kebesaran Allah Di 10 Akhir Ramadan dan Di Malam Lailatul Qadar”

  1. si celik Says:

    salam
    betul2 tntang matahari..langit sebagai atap lindung bumi..byk2 bukti dlm Al-Quran..ilmu Allah luas sgt2

  2. easys2 Says:

    Maha suci Allah..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: