Tingkatkan Prestasi 10 Akhir Ramadhan

Alhamdulillah pada tarikh hari ini, kita berada dalam fasa terakhir Ramadhan 1432H. Sepuluh (10) hari terakhir Ramadhan ini adalah fasa pembebasan daripada api neraka, sebagaimana disebut pada sebahagian Hadith “puasa itu adalah perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Dalam 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat istimewa iaitu Lailatul Qadar.  Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut “innamal a’malu bil khowatim”… “Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya” (Hadis Riwayat Bukhari

Keterangan :

Allah s.w.t membesarkan / meluaskan lagi pahala Ramadhan melalui 3 bahagian/fasa, pada fasa awalnya iaitu 10 hari pertama berpuasa diberiNya rahmat, pada fasa kedua iaitu 10 hari pertengahan berpuasa diberiNya keampunan dan pada fasa terakhir iaitu 10 hari terakhir berpuasa dianugerahkan kemerdekaan/terlepas dari api neraka.

Kejayaan operasi pembedahan hawa nafsu kita juga bergantung kepada kejayaan kita berpuasa pada 10 hari terakhir Ramadhan ini. Setelah 11 bulan kita menurut pelbagai kehendak nafsu seperti menonton televisyen, mendengar muzik, lawak jenaka (raja lawak), mendedahkan aurat dan melakukan berbagai perkara maksiat, maka pada bulan ini, sewajarnyalah kita meninggalkannya.

Puasa yang kita lakukan haruslah betul (bertepatan) dengan sunnah,  kerana puasa yang seperti itu dapat menyembuhkan kita daripada kesan-kesan nilai buruk yang telah diterapkan oleh syaitan setelah mengajar (merosakkan) manusia selama 11 bulan.  Hanya semasa Ramadhan, syaitan tidak dapat melakukannya kerana telah dirantai / di belanggu. Terdapat beberapa hadith Baginda Mulia yang menyebut mengenai sunah-sunah ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

Puasa yang betul/sempurna, mampu memberi tekanan secara “direct” (terus) kepada jiwa melalui berlapar. Oleh itu rancakkan dan tambahkan ibadat di 10 hari-hari akhir Ramadhan. Jadilah orang yang warak di 10 terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan penjagaan pantang larang serta disiplin Ramadhan. Perkemaskan ibadah puasa di 10 akhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang telah lepas dengan menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu (seperti solah, membaca quran) dan carilah Lailatul Qadar. Akhir sekali terimalah hakikat tentang kefardhuan ibadat puasa Ramadhan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t.


————————————————————————————————————————————————————————

 

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.

 

Advertisements

2 Respons to “Tingkatkan Prestasi 10 Akhir Ramadhan”

  1. Jue Says:

    Assalamulaikum.
    Saya ingin bertanya, dikatakan malam lailatulQadar berlaku pada malam ganjil di 10 mlm terakhir di bulan puasa. malam-malam ganjil yg disebutkan adalah malam yg ke 21,23,25,27 atau 29 di bulan ramadhan. saya sedikit keliru dlm menentukan malam ganjil tersebut. sebagai contoh puasa ke 21 pd tahun ini jatuh pada hari ahad (21hb/08). persoalannya adakah yg dikatakan hari ganjil itu jatuh pada hari ahad tersebut 21/08 (selepas pukul 12mlm)? ataupun malam ganjil itu adlh pada 20hb mlm (selepas pukul 12mlm)? ini kerana mengikut kalender yg digunakan sekarang selepas pukul 12 dikira bertambah sehari (+1day)

    tujuan saya bertanyakan soalan ini bukan lah atas sebab sy tidak mahu menghidupkan kesemua 10 malam yg terakhir itu. insya-allah sy akan cuba sedaya upaya. tapi adalah penting juga untuk sy mengetahui hari-hari sebenar yg dimaksudkan.
    wasalam.

    • sulaiman Says:

      Waalaikummussalam,

      Selepas maghrib hari ke 20 (hari sabtu) sudah dikira malam 21..(hari sabtu, malam ahad kata orang melayu)
      Kalendar Islam bermula daripada waktu Maghrib, berbeza dgn kalendar Masihi yang bermula selepas 12 tengah malam.
      Tiada masalah dalam mencari lailatul qadar pada malam-malam ganjil kerana dalam hadith disebut “carilah lailatulqadar pada malam ganjil” dan “Allah itu witir (ganjil) dan sukakan yang witir (ganjil)”


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: