Sedikit Yang Halal Lebih Baik Daripada Banyak Yang Haram

Al-Maidah [100] Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya. Baca baki entri ini »

Allah Melindungi Hamba-hambanya Yang Beriman

Allah s.w.t adalah pelindung yang paling besar (hebat). Tiada yang lain boleh melindungi kita selain Allah. Mintalah perlindungan daripada Allah kerana segala ketetapan samada baik atau yang tidak baik semuanya datang daripada Allah. Hanya Allah yang boleh melindungi kita daripada azabnya dan Allah s.w.t. mempunyai kuasa penuh untuk menghantar azab samada dari atas atau dari bawah.

Al-Anam [65] Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu…

Rasulullah s.a.w juga mengingatkan umatnya supaya mereka meminta perlindungan Allah s.w.t dari azab kubur. Semoga Allah melindungi kita dan mereka yang ingin selamat dari azab api neraka dan kemurkaannya.
Baca baki entri ini »

Allah Pelindung, Penolong dan Pencipta Yang Maha Esa

Ra’d [16] Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: “Allah“. Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. Baca baki entri ini »

Manusia Miskin Sentiasa Perlukan Allah Yang Maha Kaya

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Baca baki entri ini »

Berselawat Ke Atas Nabi Dan Ahli Keluarganya

Nabi Muhammad saw,  adalah seorang manusia yang paling hebat, tetapi kehidupannya adalah sederhana. Dalam buku “The 100  Ranking of the Most Influential Persons in History (Kedudukan 100  Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah) ditulis oleh Michael H. Hart, kedudukan Rasulullah s.a.w. adalah pada tempat yang pertama. Nabi Muhammad s.a.w. bersifat “Siddik” (Benar). Apabila Baginda bercakap, Baginda bercakap hanya perkara yang benar, dan  tidak bercakap mengikut hawa nafsunya, melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Baca baki entri ini »

Diet dan ‘Exercise’ Cara Rasulullah

1. Makan apabila berasa lapar dan jangan sampai terlalu kenyang

2.Satu pertiga bahagian perut adalah untuk makanan

3. Berpuasa sunat 11 hari dalam sebulan

4. Perbanyakkan sembahyang sunat selain daripada sembahyang fardhu

5. Sembahyang dan berzikir selepas makan

6. Berjalan kaki selepas sembahyang Asar.

7. Makan buah-buahan sebelum memakan makanan yang berat

8. Makan malam sebelum Maghrib. Baca baki entri ini »

Meneruskan Amalan dan Perjuangan Di Luar Ramadan

Amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadan seperti berpuasa, sembahyang berjemaah di masjid, sembahyang malam, sembahyang witir serta perjuangan melawan hawa nafsu hendaklah diteruskan di luar Ramadan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Bersedekahlah Mengikut Kemampuan dan Keikhlasan

Hadiah Allah ke atas mukmin ialah dengan mendatangkan peminta sedekah di depan pintu rumahnya. Setiap peminta (sedekah) mempunyai haknya, sekalipun dia datang dengan menunggang kuda. Maka banyakkanlah bersedekah kerana sedekah menyejukkan Alam Barzakh yang panas. Sedekah juga menutup pintu keburukan dan sedekah tidak akan mengurangkan harta sebaliknya ia menambahkan harta. Baca baki entri ini »

Tips Atasi Gangguan Jin, Syaitan dan Sihir

1. Membaca Bismillah Sebelum Masuk Rumah Dan Sebelum Makan.

2. Membaca Bismillah Sebelum Menutup Pintu Rumah dan Menutup Bekas Minuman

3. Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

4. Membaca Tiga (3) Qul Selepas Solat

5. Merapatkan Saf Solah Berjemaah

6. Membaca Surah Baqarah Di dalam Rumah

7. Melaungkan Azan 

8. Mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah Apabila Terlupa Sesuatu

9. Membaca Dua (2) Qul Sebelum Tidur Baca baki entri ini »

Nikmat Berhari Raya Di Syurga

Hari raya yang sebenar bagi orang Islam ialah kejayaan memasuki syurga, dan nikmat syurga yang paling hebat ialah kenikmatan memandang Allah s.w.t. As-Saffat [60] : Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Syurga. 1 Comment »

Mensyukuri Nikmat Allah Yang Tidak Terhitung Banyaknya

Allah s.w.t. telah memberi kepada kita pelbagai nikmat, seperti nikmat penglihatan, pendengaran dan hati. Bahkan bumi ini dicipta untuk kita. Hendaklah kita bersyukur dengan segala nikmat Allah terutamanya nikmat-nikmat yang besar seperti nikmat Iman dan nikmat Islam. Sebutlah dan zahirkanlah nikmat yang telah diberikan. Kita tidak akan mampu mengira dan menghitung nikmat yang Allah telah kurniakan, dan semua nikmat yang diberikan akan disoal di akhirat nanti. Nikmat dunia adalah untuk semua orang, tetapi nikmat akhirat hanyalah untuk orang yang beriman sahaja. Baca baki entri ini »

Jangan Terpedaya Dengan Kemewahan Dan Putaran Hidup Dunia

فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۖ

Fatir [5] : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

فَلَا تَغُرَّنَّڪُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا

Luqman [33] : ………. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, .maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia….

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)

Pertanyaan Allah: Kamukah Atau Kami

Al-Mulk [21] : Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

Al-Waqiah [58] :(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? Al-Waqiah [59] : Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? Al-Waqiah [60] : Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

Al-Waqiah (63) : Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Al-Waqiah (64) : Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Al-Waqiah (65) : Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal.

Keadaan Di Neraka

Furqan [13] : Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (bagi melepaskan dari azab itu). Baca baki entri ini »

Apabila Neraka Melihat Mangsanya Bahagian 2

Furqan [12] : Apabila Neraka itu melihat mereka (mangsa neraka) dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka (mangsa neraka) suara marahnya (neraka) yang menggelegak dan mengeluh. Baca baki entri ini »