Amalan dan ‘Akidah Yang Baik Untuk Selamat Semasa Huru-hara Di Hari Kiamat

An-Naml [89] : Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.

Perkara yang paling penting untuk memastikan kita selamat semasa huru-hara di hari kiamat ialah ‘akidah, yaani ‘akidah kita semasa kita hidup di dunia. Kita akan dibangkitkan semula mengikut ‘akidah semasa kita dimatikan. Sepertimana firman Allah, dia akan memantapkan akidah sebagaimana akidah orang itu di dunia:

Ibrahim [27] : Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Hanya 1 jalan ‘akidah yang membawa ke syurga iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sunnah itu ialah jalan nabi dan jamaah pula ialah jalan para sahabat nabi:

…umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) ke dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.”

Amalan Beserta ‘Akidah Yang Baik Membawa Ke Syurga.

Al-Qaari’ah [6] : Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya Al-Qaari’ah [7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang

Huru-hara Di Hari Kiamat. .

Huru-hara pada hari tersebut sukar untuk diceritakan. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih). Namun ada juga golongan yang tidak merasa kepanasan tersebut. Antara 7 Golongan Yang Terselamat Kepanasan Padang Mahsyar ialah:

(1) Pemimpin negara yang adil. (2) Pemuda yang menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah s.w.t. (asyik dengan ibadatnya). (3) Lelaki yang hatinya sentiasa mengingati masjid tempat solahnya. Selepas bersolah hatinya bercadang untuk datang lagi bersolah (pada waktu yang lain). (4) Dua orang lelaki (atau wanita) yang menyukai diantara satu sama lain semata-mata kerana Allah SWT ketika bertemu dan berpisah. (5) Lelaki/Wanita yang mengingati Allah ketika berseorangan, berlinangan airmatanya. (6) Lelaki (pemuda) yang diajak oleh wanita yang berkedudukan serta cantik untuk melakukan persetubuhan, ditolak oleh pemuda tersebut dengan katanya “Aku takutkan Allah s.w.t.”. (7) Lelaki/Wanita yang bersedekah secara sembunyi

Di hari itu juga kalau ada kanak-kanak yang lahir, mereka akan terus menjadi tua.

Al-Muzammil [17] : (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Al-Hajj [2] : Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Dihari itu manusia bertelanjang bulat dan tiada lagi perasaan malu diantara mereka.

Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi bersabda: “Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup.” Aisyah r.a. berkata: “Ya Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi menjawab: “Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing daripada melihat satu sama lain.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada satu riwayat oleh an-Nasa’i dan al-Haakim daripada Aisyah, katanya: Aku bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?” Nabi menjawab: “Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja.”

Kemudian diberi pakaian kepada mereka yang telah berjaya menta’ati Allah s.w.t.  Nabi Ibrahim adalah orang yang pertama diberi pakaian kerana baginda adalah orang pertama ditelanjangkan oleh musuh Allah dalam menjalankan dakwahnya. Nabi Muhammad s.a.w. pula bangkit dengan kain kapan yang dipakainya, sebagaimana semasa kewafatannya. Semasa hidupnya, baginda tidak pernah bertelanjang.  Dalam adat tradisi Arab Jahiliyyah, anak-anak dipaksa bertawaf secara telanjang.  Baginda Mulia terlepas dari adat ini, kerana Baginda Mulia sentiasa pengsan ketika ada cubaan untuk membawanya bertawaf.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: