Bidadari Tinggal Di Rumah

Ar-Rahman [72] : Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;

Selain itu wanita dan perempuan Islam juga digalakkan agar banyak berada di dalam rumah.

Al-Ahzab [33] : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu, serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu ….

Dalam sebuah hadis disebut, “Syaitan menunggu-nunggu bila perempuan hendak keluar dari rumahnya”. Apabila perempuan berjalan keluar, dua syaitan mengeksploitasinya, satu syaitan menghiasi bahagian hadapan dan satu lagi menghiasi bahagian belakangnya. Syaitan mengguna-pakai perempuan untuk mempesona para lelaki di luar rumahnya.

Ibnu Mas’ud r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).

Oleh itu, perempuan yang keluar rumah untuk bekerja, perlulah menjaga lenggang-lenggok dan gerak-gerinya, agar tidak menghairahkan kaum lelaki yang lemah imannya serta yang cepat terangsang nafsunya. 

An-Nur [31] : …. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka ….

Perempuan juga tidak perlu ke masjid kecuali untuk menuntut ilmu. Afdhal bagi perempuan sembahyang di rumah dan pahalanya sama seperti lelaki yang sembahyang di masjid. Lebih afhal bagi perempuan sembahyang di dalam bilik yang sepi dan tersembunyi.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Seorang wanita bersolat di dalam rumahnya lebih baik dari dia bersolat di halamannya, dan solat di dalam bilik kecil lebih baik dari bersolat dirumahnya” [Hadith Riwayat Abu Daud]

Perempuan yang ada suami akan mendapat separuh pahala suaminya yang sembahyang di masjid. Tetapi mereka juga perlu memastikan mereka melayan suami dengan baik dan mentaatinya kerana jika tidak mereka pula mendapat dosa.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: