Apabila Neraka Melihat Mangsanya Bahagian 2

Furqan [12] : Apabila Neraka itu melihat mereka (mangsa neraka) dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka (mangsa neraka) suara marahnya (neraka) yang menggelegak dan mengeluh.

Mangsa neraka terdiri dari orang-orang kafir dan juga orang Islam yang hidup secara kafir.

An-Nabaa [21] : Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; An-Nabaa [22] : Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Ali-Imran [131] : Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.  

Mangsa neraka yang lain adalah orang yang zalim dan sombong (tidak menyembah Allah) dan yang ramai diantaranya adalah kaum wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Neraka berdebat dengan Syurga, Neraka berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takbur (sombong). Syurga pula berkata: Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin. Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Neraka: Kamu adalah seksaan-Ku. Aku akan menyeksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu. Allah berfirman: Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki. Allah berfirman pula kepada Syurga: Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan diisi hingga penuh. 

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita.

Terdapat juga golongan pelawak  dan pelukis gambar makhluk bernyawa yang dihumban ke dalam neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap tukang gambar akan di masukkan ke dalam Neraka. Allah akan menjadikan baginya dengan setiap gambar yang dibuatnya nafas yang menyiksanya di Neraka Jahannam.

Mulk [6] : Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Neraka adalah makhluk Allah yang mempunyai suara. Apabila ia mengamuk dan marah dengan mengeluarkan suaranya yang garang, 19 malaikat penjaga neraka pun tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya Allah yang mampu mengawalnya.

Al-Muddathir [30] : Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

Mulk [7] : Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Neraka juga menjawab dengan suaranya bila ditanya oleh Allah, Qaf [30] : (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada Neraka Jahanam: Adakah engkau sudah penuh? Dia menjawab: Adakah lagi sebarang tambahan?

Mulk [8 ]: Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. ….

Sabda Rasulullah s.a.w. “Peliharalah dirimu daripada api neraka, walaupun dengan hanya bersedeqah sebiji buah tamar” (Riwayat Muslim). Semoga Allah s.w.t. melindungi mereka yang ingin lari daripada azab api neraka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: