Manusia Miskin Sentiasa Perlukan Allah Yang Maha Kaya

Al-Fatir [15] (Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Orang yang miskin sentiasa berhajat kepada orang yang kaya untuk mendapatkan kerja dan memenuhi keperluannya. Begitu juga manusia yang sememangnya miskin, sentiasa berhajat kepada Allah dalam segala hal. Manusia tidak mampu mencipta apa yang diperlukan oleh mereka samada nyawa, makanan, walaupun sebiji beras atau gandum. Apalagi hendak mencipta seekor lalat.

Al-Hajj [73] Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya….

Apalagi untuk mencipta tulang daripada daging yang keras:

Mukminun [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang….

Apalagi untuk mencipta nyawa dan mengembalikankan…

Waqiah [86] Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami);

Waqiah [87] Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar?

Kita hidup di bawah jagaan Allah, samada ketika berada di atas (langit) atau pun di bawah (bumi). Kita juga perlu kepada Allah samada kita berada di darat atau di laut. Bahkan ketika hendak memasuki tandas pun kita minta berlindung dengannya daripada gangguan jin dan syaitan.

Al-Mulk [16] Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? [17] Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu;

Kita hanya menumpang Allah s.w.t, samada di dunia atau di negeri akhirat, apalagi di syurga. Bahkan semua pancaindera kita diberi oleh Allah s.w.t dan di akhirat nanti kesemua pancaindera akan disoal. Allah s.w.t. juga memberikan kita ilmu untuk mendapatkan rezeki. Allah s.w.t juga memberikan tenaga kepada manusia, binatang, jin, malaikat. Namun tidak habis tenaga dan rezeki yang diberikan ini daripada khazanahnya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: