Bersaudara dan Bersatu Kerana Agama

Hujurat [10] : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara… Orang mukmin adalah seperti adik-beradik dan mereka adalah bersaudara disebabkan agama mereka, dan mereka juga adalah ahli syurga. Antara golongan yang masuk syurga tanpa hisab ialah orang Islam yang bersatu hati. Baca baki entri ini »

Jangan Mencemuh, Merendahkan dan Memberi Gelaran Buruk

Hujrat [11] : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain…. Baca baki entri ini »

Tidak Patut Berdengki Dengan Kurniaan Allah

An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. Baca baki entri ini »

Bersedekahlah Walaupun Hanya Separuh Kurma

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah (walaupun) separuh dari sebiji tamar (kurma), dan kalau tidak dapat sedekah itu, maka keluarkanlah kata-kata yang baik” (Riwayat Bukhari & Muslim) Baca baki entri ini »

Pemimpin Keluarga dan Masyarakat Perlu Berlemah-lembut

Ali-Imran [159] : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah Subhanahuwata’ala (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu… Baca baki entri ini »

Sifat Rahim, Kasihan Belas dan Prihatin

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menciptakan makhluk sehingga apabila selesai urusan tersebut, Allah mencipta  Rahim dan berkata ” Ini adalah makam (tempat) bagi orang yang meminta perlindungan”. Allah berkata kepada Rahim: Apakah kamu setuju jika aku hubungi (cucuri rahmat) ke atas mereka yang bersifat Rahim (kasihan belas) dan aku putuskan (rahmat) sesiapa yang tidak bersifat Rahim (kasihan belas). Berkata Rahim “Bahkan aku redha (setuju)”. Baca baki entri ini »

Rebut Dunia Untuk Kejayaan Akhirat

Qasas [77] : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah Subhanahuwata’ala kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.  Baca baki entri ini »

Seruan Keimanan Kepada Semua Manusia

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk. (Al:A’raf: 158) Baca baki entri ini »

Sembah Allah Subhanahuwata’ala Dan Jangan Syirik

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua….Menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala atau mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala  bermaksud memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain (makhluk). Baca baki entri ini »

Pertanyaan Kepada Bani Israil Dan Umat Islam

….Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? (Baqarah: 85)  Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Perhiasan Ahli Syurga Menurut Kadar Wuduk Mereka

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”. Baca baki entri ini »

Penyakit Bani Israil Dan Juga Umat Islam

Baqarah [84] Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: (Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing. Kemudian kamu telah berikrar akan mematuhi perjanjian setia itu dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Pandangan Mata Yang Khianat

Al-Ghafir [19] : Allah Subhanahuwata’ala mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Tahanlah Pandangan Matamu

Al-Ahzab [53] : …dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Baca baki entri ini »

Jangan Menyakiti Ibubapa Yang Telah Meninggal

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya mayat dalam kubur merasa sakit seperti apa yang dirasakan dalam rumahnya (Riwayat Ad-Dailami) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »