Islam Agama Sebenar dan Cahaya Hidayah

Al-Maidah [19] : Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah Subhanahuwata’ala ialah Islam. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala telah mengkhaskan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah Subhanahuwata’ala ).

Agama Islam adalah milik Allah Subhanahuwata’ala  , oleh itu hanyalah agama Islam yang boleh diberikan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada manusia. Selain daripada agama Islam bukanlah milik Allah Subhanahuwata’ala .

Ali Imran [102] : ……”jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam“.

Agama rasmi yang diterima Allah Subhanahuwata’ala hanyalah Islam sahaja. Yang menjadi syarat untuk ke syurga.

Ali-Imran [85] : Dan sesiapa yang mencari agama, selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Orang-orang yang mendapat suluhan cahaya akan mudah/senang untuk memahami Islam. Sebaliknya mereka yang berada dalam kegelapan adalah sukar untuk memahami Islam. Justeru itu, orang kafir berfikir bahawa masuk Islam itu adalah sukar seumpama memanjat atau mendaki ke langit.

Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.  

Mereka juga menjadi buta kerana tidak mendapat suluhan cahaya hidayah:

 di Isra [72] : Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.  

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: