Perjanjian Dengan Allah Subhanuhuwata’ala

Baqarah [83[ : Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Semasa setiap manusia dicipta oleh Allah Subhanahuwata’ala , mereka telah membuat satu perjanjian awal bahawa mereka akan menyembah Allah Subhanahuwata’ala .

Al-A’raf [172] : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.

Perjanjian utama ialah perjanjian menyembah Allah Subhanahuwata’ala,  dan cara menyembah Allah Subhanahuwata’ala ialah melalui ibadat sembahyang.

Sembahyang adalah ibadat yang mula diperkenalkan sejak zaman Nabi Adam. Bezanya sembahyang umat dahulu hanya 2 waktu sahaja (sebelum naik matahari dan selepas jatuh matahari), manakala umat Nabi Muhammad saw, bersembahyang 5 waktu.

Paderi-paderi Kristian dan Yahudi telah mengubah cara sembahyang mereka yang asal. Golongan Kristian sembahyang hanya berlutut (sepatutnya mereka sujud)  manakala golongan Yahudi pula sembahyang dengan menghantukkan kepala ke dinding (sepatutnya mereka rukuk). Di dalam sembahyang mereka, tidak ada pergerakan duduk, bangun, rukuk dan sujud. Mereka mengikut hawa nafsu mereka. Mereka juga telah mengubah waktu sembahyang dan puasa mengikut nafsu mereka. Bukan itu sahaja, kitab injil dan taurat pun mereka ubah mengikut rekaan hawa nafsu mereka.

Maryam [59] : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam Neraka),

Perbandingan sembahyang di anatara umat Islam, Yahudi dan Nasrani

Dari Abdullah bin Umar r.a (katanya) Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya ajal (umur) kamu (umat Islam) berbanding dengan umat-umat yang telah lepas, adalah (sama) dengan waktu di antara solah Asar hingga jatuh matahari, dan bandingan di antara kamu dengan Yahudi, Nasrani adalah seperti seorang yang mengupah seorang melakukan kerja.

Kata (pemberi upah) siapa yang sanggup buat kerja untuk saya (dari pagi sampai tengah hari dengan upah) satu qirat? Maka kaum Yahudi melakukan (kerja tersebut) sempai ke tengah hari dengan upah satu qirat. 

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari tengah hari sehingga waktu solah Asar, dengan upahan satu qirat? Maka kaum Nasrani melakukan kerja itu, dari tengah hari sampai waktu solah Asar dengan mendapat upah satu qirat. 

Kemudian (pemberi upah tersebut) bertanya lagi, siapakah yang sanggup kerja untuk saya dari waktu solah Asar hingga Maghrib, dengan upah dua qirat? Ketahuilah bahawa kamulah mereka yang melakukan kerja dari waktu solah Asar hingga Maghrib, Ketahuilah bahawa bagi kamu dua kali ganda pahala,

Maka kaum Yahudi dan Nasrani menjadi marah (di hari kiamat), mereka berkata, kami buat kerja lebih (kerana masa panjang) dan upah pula sedikit, lalu Allah Subhanahuwata’ala  (bertanya mereka) “Adakah Aku telah menzalimi kamu dari hak kamu?” Mereka menjawab “Tidak”.

Allah Subhanahuwata’ala  berfirman, itu kelebihan Ku (upah lebih) yang Aku kurniakan kepada siapa yang Aku mahu (iaitu kepada umat Muhammad saw)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: