Sifat Sakhawat

Berkata Siti Aisyah r.a “Orang yang sakhawat (murah hati atau dermawan) dekat dengan Allah Subhanahuwata’ala, dekat dengan manusia dan Syurga, jauh dari Neraka, dan orang Bakhil pula jauh dari Allah Subhanahuwata’ala, jauh dari makhluk (manusia), jauh dari Syurga, dan dekat dengan Neraka. Orang jahil yang sakhawat lebih disayangi Allah Subhanahuwata’ala dari orang alim yang bakhil,

Bersabda Baginda Mulia lagi (dikeluarkan oleh Al Baihaqi), “Sakhawat adalah pokok di dalam Syurga yang dahan-dahannya menjuntai ke dalam dunia, sesiapa yang memegang (bergantung dengannya), akan membawakannya ke Syurga, dan Bakhil pula adalah pokok di dalam Neraka, dahan-dahannya menjuntai ke dalam dunia, sesiapa yang berpegang kepadanya akan membawanya ke Neraka.”

1. Sifat sakhawat iaitu pemurah atau dermawan mendekatkan seseorang itu kepada Allah Subhanahuwata’ala.

2. Sifat bakhil atau kedekut menjauhkan seseorang dari Allah Subhanahuwata’ala.

3.  Orang jahil yang murah hati (dermawan) adalah lebih baik disisi Allah Subhanahuwata’ala dari orang Alim yang bakhil.

4. Sakhawat adalah satu pokok di dalam syurga yang dahannya menjuntai ke dunia.

5. Bakhil adalah satu pokok di dalam neraka, dahannya menjuntai ke dalam dunia.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala Maha Pemurah, Dia menyukai orang yang pemurah….” (Riwayat Naim melalui Ibnu Abbas r.a.). Salah satu nama Allah Subahanahuwata’ala ialah Ar-Rahman iaitu Maha pemurah. Allah Subhanahuwata’ala menyukai orang yang bersifat pemurah. Dalam sebuah hadith daripada Sayyidina Usman r.a. disebut “mana-mana 99 nama Allah Subahanahuwata’ala, sekiranya diamalkan 1 pun daripadanya, maka masuk syurgalah (balasannya)”.

Allah Subahanahuwata’ala berfirman agar bersederhana dalam memberi, jangan terlalu kedekut dan jangan pula terlalu boros dengan memberi kesemuanya:

Al-Isra [29] : Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. 

Tangan yang terbelenggu di leher dalam ayat di atas menunjukkan sifat bakhil.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: