Kebahagian Yang Maksimum

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sehabis-habis kebahagiaan itu ialah panjang umur dalam mentaati Allah Subhanahuwata’ala.”(Riwayat Khotib daripada Abdullah melalui bapanya).

Orang yang paling bertuah, berjaya dan bahagia ialah orang yang panjang umurnya dan umurnya itu digunakan sebaiknya untuk beramal, beribadah dan mentaati Allah Subhanahuwata’ala.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah s.a.w,: “Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang terbaik? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah Subhanahuwata’ala.” (Hadis Riwayat Abu Na’im).

Allah Subhanahuwata’ala mengambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadith Riwayat Bukhari).

Orang yang dipanjangkan umur hendaklah memanfaatkan masa umurnya itu sebaik mungkin. Diceritakan dalam hadith tentang seorang sahabat yang bermimpi, bahawa ada seorang sahabat yang telah mati syahid, selepas setahun, meninggal pula seorang sahabat yang lain,  tetapi sahabat yang meninggal kemudian itu masuk syurga terlebih dahulu dari sahabatnya yang syahid. Ini disebabkan sabahat yang berumur panjang itu telah memanfaatkan umurnya sebaik mungkin sehingga Allah Subhanahuwata’ala mengambil kira amalan-amalan baiknya diakhir-akhir umurnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra katanya, “Dua orang daripada kabilah Balie dari satu kampung di Qudha’ah telah memeluk Islam di tangan Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada mereka telah mati syahid dan seorang lagi telah meninggal dunia setahun kemudian. Talhah bin ‘Ubaidullah ra berkata, “Saya telah melihat dalam mimpi bahawa orang yang mati kemudian itu telah dimasukkan ke dalam syurga lebih dahulu daripada sahabatnya yang mati syahid. Perkara itu amat menghairankan saya. Saya kurang pasti sama ada saya sendiri atau orang lain yang menceritakan mimpi itu kepada Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw bersabda, ”Bukankah dia yakni orang yang telah meninggal dunia terkemudian itu telah berpuasa lebih sebulan Ramadhan selepasnya dan mengerjakan solat enam ribu rakaat dan sekian sekian banyak rakaat solat dalam masa setahun?” (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: