Rezeki, Takdir dan Umur

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seseorang itu terhalang rezekinya disebabkan dosa yang dilakukannya; tidak ada yang boleh menolak takdir melainkan dengan doa dan tidak bertambahnya umur kecuali dengan amal kebajikan” (Riwayat Ibnu Hibban).

1. Rezeki Terhalang Disebabkan Dosa Yang Dilakukan

Dalam hadith yang lain disebut disebut “Sesiapa yang rezekinya lambat, perbanyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah Subhanahuwata’ala dukacitanya itu jalan keluar (kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad).

Dari Jabir bin Abdillah r.a : “Bahawasanya ada seseorang yang datang mengadap Nabi Saw dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, aku tidak diberi anak dan aku tidak memiliki anak seorangpun.’ Beliau Saw bersabda : ‘Di mana kamu denganbanyaknya beristighfar dan bersedekah yang dengannya engkau akan diberi anak?’ Maka orang itupun memperbanyakkan sedekah dan istighfar. Diapun mendapat sembilan orang anak laki-laki.”

Selain itu doakanlah kedua ibubapa. Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibubapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya”. (Hadith Riwayat ad-Dailami). 

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya rezeki itu mencari seorang hamba lebih kerap daripada apa yang dicari oleh ajalnya” (Riwayat Thabrani melalui Abu Daud)

2. Doa Boleh Mengubah Takdir .

Takdir bermaksud ketetapan Allah Subhanahuwata’ala. Terdapat 2 jenis Takdir iaitu Takdir Mubram dan Takdir Muallaq. Takdir Mubram ialah takdir yang tidak boleh diubah, misalnya mati, mati adalah sesuatu yang tidak boleh diubah kerana ia pasti berlaku ke atas setiap insan. Takdir Muallaq pula ialah takdir yang boleh diubah dengan cara berusaha dan berdoa kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Sebagai contoh, seseorang yang bekerja dan tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, dia boleh berusaha dengan melakukan kerja-kerja sampingan dan berdoa supaya ditambah rezekinya.

Jangan bosan atau jemu dalam mendoakan kebaikan.

Fussilat [49] : Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan.

Jangan pula mengatakan doa itu tidak diterima. Yakinlah Allah Subhanahuwata’ala akan menerima doa itu satu hari nanti. Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) adalah terletak kepada Allah Subhanahuwata’ala dan bergantung pula kepada banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Selain dari itu jagalah makan-minum, jangan sampai dari sumber yang haram kerana makan-minum yang bersih dan suci  adalah syarat doa diterima. Rasulullah s.a.w pernah menyebutkan dalam satu hadith tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang (musafir), rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Riwayat Imam Muslim)

3. Melakukan Kebaikan Menambahkan Umur

Apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, umurnya ditambah dan apabila seseorang itu melakukan sesuatu kejahatan, umurnya berkurangan. Timbul persoalan, ada juga orang jahat yang umurnya panjang meninggal dunia ketika berumur 90 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 95 tahun, tetapi dipendekkan disebabkan kejahatannya”. Ada juga orang baik yang meninggal dunia pada umur muda misalnya 30 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 25 tahun, tetapi ditambah disebabkan kebaikannya.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im).

2 Respons to “Rezeki, Takdir dan Umur”

  1. Tanpa Nama Says:

    Jk Dunia ini Ibart kta Suatu Harta benda, sdh barang tntu sbaik”nya Harta bnda adlah Wanita Sholihah

  2. Tanpa Nama Says:

    MANFAAT DARI TAQDIR ‘UMURI APAYA???


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: