Jangan Menyakiti Ibubapa Yang Telah Meninggal

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya mayat dalam kubur merasa sakit seperti apa yang dirasakan dalam rumahnya (Riwayat Ad-Dailami)

Keadaan mayat di dalam kubur sama seperti ketika ia berada di rumahnya. Apa-apa juga kejahatan atau perkara buruk yang berlaku dalam rumah si mati akan turut dirasai olehnya ketika berada di alam kubur. Misalnya, jika seorang bapa tidak suka mendengar bunyi muzik dalam rumahnya, dia juga tidak suka sekiranya anaknya memainkan muzik dalam rumahnya setelah kematiannya. Ibubapa yang telah meninggal dunia itu akan berdukacita dan sakit hati dengan muzik yang dimainkan itu atau apa saja kejahatan yang dilakukan.

Begitu juga dengan kebaikan yang dilakukan oleh anak-anak simati. Ibubapa yang telah meninggal dunia itu akan bergembira dengan kebaikan yang dilakukan oleh mereka.

Setiap hari Jumaat ibubapa yang telah meninggal dunia akan diperlihatkan amalan anak-anak mereka.

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis, dan diperlihatkan kepada para Nabi, para Ayah dan para Ibu pada hari Jumaat, lalu mereka bergembira dengan kebaikan amal perbuatan mereka dan wajah mereka makin bertambah putih dan cemerlang, kerana itu bertakwalah kamu semua kepada Allah Subhanahuwata’ala, dan janganlah kamu menyakiti orang-orang yang telah mati dikalangan kamu dengan amalan perbuatan buruk kamu [Riwayat Abu Qasim]

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Jangan Menyakiti Ibubapa Yang Telah Meninggal”

  1. Habib Ahmad Says:

    HARI INI MAJLIS HAUL AKBAR DI MASJID NEGERI SHAH ALAM MULAI JAM 5.30 PM – SEMUA DI JEMPUT HADIR


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: