Sembah Allah Subhanahuwata’ala Dan Jangan Syirik

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua….Menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala atau mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala  bermaksud memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain (makhluk).Syirik terbahagi kepada dua (2) iaitu syirik besar dan syirik kecil.

Syirik besar ialah memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala  dengan tuhan yang lain, iaitu menduakan Allah Subhanahuwata’ala dengan menyembah selain dariNya sepertimana orang kafir Quraisy, Kristian, Yahudi yang memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan berhala, nabi Isa dan nabi Uzair. Allah Subhanahuwata’ala  itu esa, tunggal dan tidak boleh disyirikkan atau dikongsi. Syirik yang paling besar ialah kafir. Namun begitu, orang kafir yang memeluk Islam, segala dosanya yang lampau akan diampunkan, setelah ia memeluk agama Islam.

Syirik kecil pula ialah seperti seseorang yang menyembah Allah Subhanahuwata’ala  tetapi terdapat perasaan riak ketika beribadah,  atau melakukan ibadah tidak 100 peratus kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Contoh syirik kecil yang lain pula ialah seperti mengatakan “makan panadol boleh menyembuhkan penyakit”. Percakapan seperti ini, boleh menjadikan seseorang itu syirik, kerana hakikatnya Allah Subhanahuwata’ala yang menyembuhkan penyakit, bukannya ubat/panadol. Sekarang ini kita hidup di ‘alam asbab’ yang memerlukan kepada ‘sebab’.  Maka perbuatan makan ubat hanyalah ‘sebab’, bukannya penyembuh kerana yang menyembuhkannya tetap Allah Subhanahuwata’ala.  

Begitu juga ungkapan seperti “masa menentukan”, “masa tidak mengizinkan” dan “alam semulajadi”. Hakikatnya Allah Subhanahuwata’ala jualah yang menentukan bukannya masa yang menentukan, Allah Subhanahuwata’ala yang tidak mengizinkan bukannya masa yang tidak mengizinkan begitu juga Allah Subhanahuwata’ala yang menjadikan alam (menjadikan sesuatu), bukannya alam terjadi secara semula jadi.

Maka berhati-hatilah, jangan sampai terungkap perkataan-perkataan seperti itu, kerana ia boleh membawa kepada syirik kecil.

Dosa syirik boleh dihapuskan dengan mengucapkan istigfar. Umat Nabi Muhammad s.a.w. hanya perlu beristigfar dengan mengucapkan “Astagfirulah” untuk bertaubat.

Jika seseorang belum sempat bertaubat dan mati dalam keadaan syirik walaupun syirik kecil, dia tetap dimasukkan ke neraka dan akan diazab.

Dosa syirik neraka jahanamlah tempat balasan dan transitnya, sekiranya tidak bertaubat sebelum meninggal dunia. Semua dosa diampunkan kecuali dosa syirik sekiranya tidak bertaubat sebelum 3 perkara iaitu nyawa telah sampai ke halkum, Al-Quran dihilangkan dan matahari terbit di sebelah barat.

An-Nisa [116] : Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Telah diriwayatkan dari Thauban r.a. (hamba Rasulullah s.a.w.) bahawa, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang dosa syirik, adakah ia diampun? Rasulullah s.a.w., diam seketika, kemudian bersabda, ketahuilah bahawa dosa syirik juga diampun, dan beliau mengulangi sabdaannya itu sebanyak 3 kali.

Dari Abdullah bin Mas`ud r. a., katanya : Rasulullah bersabda : “Sesiapa mati dalam keadaan ia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya syafaatku untuk ummatku yang melakukan dosa-dosa besar. (kecuali mereka yang mati dalam keadaan syirik dan tidak bertaubat darinya).

2 Respons to “Sembah Allah Subhanahuwata’ala Dan Jangan Syirik”

  1. cahaya hidupku Says:

    mohon d copy….


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: