Sifat Rahim, Kasihan Belas dan Prihatin

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menciptakan makhluk sehingga apabila selesai urusan tersebut, Allah mencipta  Rahim dan berkata ” Ini adalah makam (tempat) bagi orang yang meminta perlindungan”. Allah berkata kepada Rahim: Apakah kamu setuju jika aku hubungi (cucuri rahmat) ke atas mereka yang bersifat Rahim (kasihan belas) dan aku putuskan (rahmat) sesiapa yang tidak bersifat Rahim (kasihan belas). Berkata Rahim “Bahkan aku redha (setuju)”.

Rahim atau rahmat bermaksud kasihan belas atau prihatin. Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bersikap prihatin, lembut hati dan mudah bersimpati kepada mereka-mereka yang mengalami kesusahan.

Prihatinlah sesama manusia samada Islam atau kafir dan prihatinlah juga kepada binatang.

“Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan tentang seorang wanita yang masuk neraka kerana mengurung kucing dan tidak memberinya makanan (Hadith Riwayat Bukhari).“

Sebaliknya beliau juga pernah menceritakan bahawa: Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing di atas sumur dan hampir mati kehausan. Lalu wanita itu melepaskan sepatunya dan mengikatnya dengan kerudungnya untuk mengambil air dari sumur untuk memberi minum kepada +anjing tersebut. Kerana perbuatannya itu, dosanya diampuni”. (Hadith Riwayat Bukhari).

Ada juga orang-orang yang  meremehkan hadith ini dengan berkata “kalau nak masuk syurga, berilah minum kepada anjing”.  Sebenarnya intipati hadith ini ialah mengenai tingginya makam dan kedudukan sifat Rahim atau Prihatin, sehinggakan dosa pelacuran perempuan Yahudi itu diampunkan disebabkan ia memiliki sifat Rahim. Begitu juga sesiapa yang mengamalkan dan mempraktikkan sifat prihatin ini, ia akan dikasihani Allah dan sesiapa yang tidak mengamalkannya, ia tidak akan mendapat kasihan belas daripada Allah. Oleh itu tingkatkanlah sifat keperihatinan kerana ia mempunyai kedudukan yang sangat tinggi.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: