Tidak Patut Berdengki Dengan Kurniaan Allah

An-Nisaa [54] : Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi) dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Apa jua kurniaan samada harta atau jawatan adalah daripada Allah Subhanahuwata’ala. Maka tidak sepatutnya seseorang merasa dengki dengan orang lain dan bertindak untuk menghilangkan nikmat kurniaan itu. Akibat tindakan yang berpunca daripada kedengkian itu ialah pahala seseorang itu akan hilang…

Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan (pahala) umpama api memakan (menjilat) kayu kering.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Golongan Yahudi dan Nasrani merasa dengki dengan jawatan Nabi yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda Mulia tidak pernah meminta jawatan dan pangkat kenabian itu. Bahkan Baginda melarang para sahabatnya meminta-minta jawatan. Allah tidak akan memberi pertolongan kepada orang yang meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya sesiapa yang diberi jawatan tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu (Riwayat Bukhari Muslim).

Begitu juga halnya dengan Nabi Musa a.s., Baginda juga dikurniakan pangkat dan jawatan sebagai Rasul oleh Allah s.w.t. Setelah melarikan diri dari Mesir ke Madyan (Jordan) dan berkahwin dengan anak Nabi Syuaib selama 8 tahun, Baginda berhasrat untuk kembali ke Mesir. Dalam perjalanan pulang ke Mesir:

Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa? (Ta-Ha:9) Ketika dia melihat api, lalu berkatalah dia kepada isterinya: Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: Penunjuk jalan. (Ta-Ha:10) Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru: Wahai Musa! (Ta-Ha:11) Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci. (Ta-Ha:12) Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: