Jangan Jadi Manusia yang Rugi Dunia dan Akhirat

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (Hajj:11)  Baca baki entri ini »

Gempa dan Huru-Hara Hari Kiamat

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. (Hajj:1) Baca baki entri ini »

Nafsu Sendiri Yang Menyesatkan

Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong Baca baki entri ini »

Lazimkan Berada Di Masjid

Apabila fitnah berleluasa iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk (berada) di dalam masjid. Di akhir zaman, apabila umat sudah rosak dan berlaku banyak fitnah iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk di dalam masjid kerana syaitan tidak masuk dalam masjid (tidak banyak syaitan yang masuk berbanding di luar masjid). Lagipun dalam masjid banyak terdapat majlis ilmu dan peringatan.

Dalam satu hadith disebut, syaitan adalah merupakan serigala bagi manusia, seperti serigala yang menangkap kambing biri-biri yang terpencil dari kumpulannya. Begitu juga syaitan dengan manusia. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa dengan kumpulan orang yang ramai, berjemaah dan menghadiri masjid dimana di situ terdapat nasihat-nasihat, tunjuk ajar tentang apa yang perlu dilakukan.( Masnad Imam Ahmad dari Mu’az bin Jabal – Jame’ Soghir 1/308 )

Rasulullah s.a.w. bersabda “Masjid adalah rumah setiap orang yang beriman.” (Riwayat Abu Nu’aim). Sesungguhnya masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan sesiapa yang merasakan masjid itu adalah rumahnya, Allah menjaminnya mendapat rahmat dan ketenangan,  serta melintasi titian sirat menuju keredhaan Allah di dalam Syurga” (Riwayat Tabrani).

Orang yang beriman (mukmin) berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air,  sedangkan orang yang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar (Hadith). Ikan di dalam air bebas berenang, burung dalam sangkar pula menunggu hendak keluar.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“.

Menunggu atau menanti satu sembahyang misalnya menunggu waktu Isyak setelah selesai mengerjakan fardu Maghrib atau keluar daripada masjid setelah selesai satu sembahyang tetapi kembali semula sebelum masuk waktu sembahyang yang berikutnya. Perbuatan menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang juga merupakan satu jihad. Jihad ini, adalah lebih mudah dan ringan untuk dilakukan jika dibandingkan dengan jihad peperangan. Namun begitu tidak ramai yang mampu untuk melakukannya kerana ia bercanggah dengan kehendak hawa nafsu. Nafsu lebih cenderung membawa seseorang untuk berada di luar masjid daripada menunggu di dalam masjid.

Masjid yang kita sembahyang dan beri khidmat akan menjadi tunggangan di hari Kiamat untuk meniti Sirat, yang perjalanannya 3,000 tahun meniti di bawah neraka.Di hari Kiamat juga masjid akan mendakwa mereka yang tidak pernah hadir untuk solat di masjid berdekatan rumah mereka.

Mereka yang terlambat dan tidak sempat mendapat jemaah, tetap mendapat pahalanya. Dalam sebuah hadith disebut, maksudnya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.

Hargai dan Hormati Rezeki Yang Dikurniakan Allah

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah swt menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (Mulk:21)

Hanya Allah swt yang memberi rezeki kepada manusia. Jika dia menahannya, tiada siapa yang dapat memberikan rezeki kepada manusia.

Kadangkala manusia tidak menghargai dan menghormati rezeki yang diberikan kepadanya. Mereka memalingkan muka daripada rezeki atau makanan yang dihidangkan dihadapan mereka. Mereka bersikap seperti “lembu kenyang” yang tidak bersungguh untuk makan.  Ini adalah sikap tidak menghormati tuan rumah yang telah menghidangkan makanan kepada tetamunya.  Sepatutnya sebagai tetamu, mereka perlu makan bersungguh-sungguh apabila dihidangkan.

Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila dia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar. (Fussilat: 51)

Rezeki juga mempunyai maruah dan perlu dihormati. Rasulullah saw sendiri apabila makan, Baginda akan makan  sehingga licin pinggannya. Selain itu Rasulullah saw menyuruh kita mengutip makanan yang terjatuh:

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah saw, “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)

Allah swt juga berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapa yang dapat memberikan air kepada manusia selain Allah swt.

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Mulk:30)

Neraka untuk Pendusta Hari Kiamat

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (Furqan:11) Baca baki entri ini »

Hanya Allah Boleh Tahan Langit dan Bumi Dari Tergelincir

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 41) Baca baki entri ini »

Ikut Jemaah Yang Ramai (ASWJ dan 4 Mazhab)

Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Dari segi akidah, jemaah yang ramai itu adalah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Manakala dari sudut fekah pula, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki. Baca baki entri ini »

Dua Kumpulan Yang Tidak Masuk Neraka

Daripada Tsauban r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang memerangi Hind (India) dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa a.s.“. (Riwayat Imam an-Nasai). Baca baki entri ini »

Penduduk Yang Beriman dan Bertakwa Dapat Keberkatan

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi… (Al-Araf: 96). Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad). Baca baki entri ini »

Kisah Paderi dan Kepala Sayyidina Hussin

Anas bin Hârist meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Sesungguhnya anakku ini-yakni Hussin akan dibunuh di tempat yang bernama Karbala. Sesiapa yang mengalami peristiwa itu nanti, maka hendaklah dia menolongnya.’ Baca baki entri ini »

Pengajaran Daripada Kisah Nabi Zakaria

Doa yang makbul ialah doa yang menggunakan suara yang perlahan, bukannya menjerit-jerit atau meraung-raung. Kuasa Allah swt tidak tertakluk kepada apa-apa peraturan (Qun Fayakun). Kadangkala Allah s.w.t sengaja menolak sesetengah permintaan kita kerana dia lebih mengetahui apa yang tersirat. Baca baki entri ini »

Putar Belit Yahudi dan Pembunuhan Nabi-Nabi Mereka

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu adalah benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?. (Al-Baqarah:91) Baca baki entri ini »

Kisah Nabi Sulaiman Menaiki Dua Jenis Angin

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Anbiya:81) Dalam ayat yang lain pula diceritakan tentang angin yang sepoi-sepoi (perlahan)….Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (Sad:36) Baca baki entri ini »

Dunia Tetap Stabil Selagi Ada Yang Mengingati Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »