Ahli Syurga Sibuk Dengan Keseronokan

Yaa-Siin [55] : Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Yaa-Siin [56] : Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Yaa-Siin [57] : Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki;

Keseronokan itu meliputi keseronokan tempat tinggal, pasangan, pakaian, makanan, minuman, perhiasan dan apa sahaja yang diingini oleh ahli syurga.

Tempat Tinggal

Syurga adalah satu tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. Ia tidak panas dan tidak sejuk:

Al-Insan [13] : Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk

Makanan 

Didalam syurga diberi makan buah dan daging seperti ikan, lembu dan burung dan di sana tidak perlu kepada tandas:

At-Tuur [22] : Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar nabi s.a.w bersabda:”sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana makanan yang mereka makan? Jawab baginda:”Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka.” (Muslim)

Pakaian dan Perhiasan

Ahli  Syurga memakai sutera (harir)

Al-Insan [21] : Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

Pasangan

Setiap ahli syurga mendapat 12 isteri, iaitu 2 dari kalangan perempuan dari dunia dan 10 dari kalangan bidadari.

Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah saw bersabda:”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Bukhari)

Dikatakan kecantikan isteri dunia (perempuan dunia yang solehah) sebenarnya 700 kali lebih cantik berbanding bidadari syurga. Jika kecantikan bidadari itu sendiri sudah tidak terperi, apatah lagi kecantikan isteri dari kalangan perempuan dunia yang solehah.

Perihal Kecantikan Bidadari

Cantiknya bidadari pula dikatakan sehingga, jika sehelai rambut bidadari jatuh ke dunia, manusia boleh menjadi gila (dengan keharuman baunya, gila kerana mencari punca bau itu sepertimana lelaki mencari punca bau perfume wanita).

Jika seorang bidadari memandang ke bumi dari tempat tinggalnya di langit, semua jarak di antaranya akan dipenuhi cahaya dan bau harum. Wajah seorang bidadari lebih cemerlang daripada cermin, dan seseorang boleh melihat bayangannya sendiri di pipi bidadari. Sumsum tulang keringnya dapat dilihat mata. (Mishkat)

Dalam satu riwayat…..Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya.

Bidadari pula memakai 70 lapis pakaian yang diperbuat dari sutera dan 70 macam warna, namun masih dapat ditembusi pandangan mata suaminya hingga ke tulang sumsumnya.(nampak kulitnya). Tiada kilang di dunia ini yang mampu menghasilkan 70 lapisan kain yang nipis sehingga masih boleh nampak kulit si pemakainya.


Advertisements

10 Respons to “Ahli Syurga Sibuk Dengan Keseronokan”

  1. semanis gula Says:

    bukankah itu suatu yg tidak adil jika suami dan isteri yg berkahwin didunia lalu kedua2nya masuk ke syurga lalu si suami mendapat lagi 11 isteri yg lain. apakah perasaan isteri ketika itu?

    • sulaiman Says:

      Sebenarnya adil kerana:
      1) Isteri itu jauh lebih cantik daripada 11 bidadari yang lain.
      2) Isteri itu adalah ketua kepada bidadari, maka isteri boleh “kontrol” bidadari lain dalam syurga.

      • klcitizen Says:

        setuju. sbb waktu itu tak ada lagi sebarang rasa negatif seperti di dunia. keadilannya lain tidak sperti di dunia. video ini sangat membantu dan mengujakan http://www.youtube.com/watch?v=sdM0-CA29sk&noredirect=1

      • sulaiman Says:

        Terima kasih Cikgu Normah..betul tu:

        Al-Hijr [47] Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

      • musi Says:

        Dalam syurga setiap perasaan semua indah dah tentu berfikir indah, semanis gula berperasaan cemburu sebab masih dalam dunia, kalo dalam syurga tak gitu dah, tu laaa namanya syurga …hu hu ..

  2. musi Says:

    Perjalanan ke syurga penuh rintangan. Pada peperangan salib/sabil tentera Islam berjuang untuk mati supaya dapatkan syurga, tu sebab tentera Islam menang. Keristian sedar strategi mereka salah kerana berperang dengan pedang/takut mati, mereka kalah. Mereka bersumpah untuk menukar strategi hingga ke hari ini untuk menawan seluruh umat kita. Istilah ni di panggil ‘ubi+ragi’=tapai.Tapai ni nampak macam ubi lagi mulus n licin tapi ia sebanarnya dah tapai kan!! – Maksudnya keristian membiarkan kita kekal dlam budaya,pakaian,rumah dan semuanya dalam bentuk asli milik kita, mereka ubah presepsi,cara hidup melalui sistem pendidkan sekular kita apa yang di namakan Penyakit Malaise
    sehingga pendekatan hidup kita menjauhi cara Islam- fizikal Islam amalan n cara hidup ?? undang2 & perlembaan kita tidak membela Islam.

  3. khairudin Says:

    selain makanan,wanita,tempat tinggal…adakah keinginan dlm syurga seperti kenderaan..

    • sulaiman Says:

      Untuk menziarahi antara satu sama lain di syurga, ahli syurga menaiki kuda. Kuda di syurga adalah daripada yaqut (batu permata delima merah) dan ia berupaya untuk terbang dan membawa ahli syurga ke mana yang dikehendaki mereka. “Sungguhnya telah rindu Aku kepada kamu, maka ziarah oleh kamu akan Daku. Maka menungganglah segala lelaki akan kuda daripada Yaqut yang merah.”

  4. Tanpa Nama Says:

    macam mana kalau inginkan pasangan sejenis ustazah???


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: