Hanyalah Dengan Satu Pekikan

Yaa-Siin [53] : Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

Pekikan itu ialah tiupan kedua sangkakala oleh Malaikat Israfil.

Az-Zumar [68]……….kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing).

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: “Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jaraknya empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan dan tiupan untuk membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran).“

Dalam masa empat puluh (40) tahun itu, dihapuskan bukit-bukau dan diratakan bumi ini seperti roti:-

Taa-Haa [106] : Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin. [107] : Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa….

Manusia dibangkitkan semula dalam keadaan bertelanjang bulat dan mereka tidak sempat untuk merasa malu kerana suasana ketika itu sangat dahsyat dan teruk sehingga tidak sempat melihat itu ini, seperti dalam surah Abasa [37] : Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi saw bersabda:“Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup” Aisyah berkata: Ya Rasulullah! “Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi saw menjawab: “Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada – masa itu menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain.

Daripada satu riwayat oleh al-Nasa’i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a.,katanya: Aku bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?” Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja.”

Kemudian datang Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar. Semua mengikutnya dan tidak ada siapa pun yang mampu bersuara kecuali berbisik-bisik dengan suara yang sangat perlahan.

Ta-Ha [108] : Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Yaa-Siin [54] : Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: