Kisah Nabi Sulaiman Menaiki Dua Jenis Angin

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Anbiya:81) Dalam ayat yang lain pula diceritakan tentang angin yang sepoi-sepoi (perlahan)….Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (Sad:36)

Kedua-dua jenis angin ini berkhidmat untuk Nabi Sulaiman. Angin yang kencang itu untuk mengangkat Nabi Sulaiman ke atas (seperti kapal terbang yang bergerak laju ketika hendak berlepas dari bumi untuk naik ke atas udara). Manakala angin yang perlahan itu digunakan setelah Baginda berada di atas untuk membawanya bergerak (seperti kapal terbang yang bergerak perlahan telah berada di udara). Mungkin saintis Barat menggunakan konsep ini untuk menghasilkan teknologi dalam penciptaan kapal terbang atau enjin kereta. 

Para jin dan syaitan juga berkhidmat untuk Nabi Sulaiman.

Dan (Kami mudahkan) sebahagian dari Syaitan-syaitan untuk menyelam baginya, serta melakukan kerja-kerja yang lain dari itu dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahnya). (Anbiyaa:82)

..Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Sad:37)

Rasulullah s.a.w. pernah diganggu jin ketika Baginda sembahyang tahajjud. Baginda berhasrat untuk menangkapnya namun membatalkannya setelah teringat doa saudaranya Nabi Sulaiman.

Dari Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. katanya : “Malam tadi, Ifrit dari bangsa Jin datang kepadaku hendak menggangguku solah. Tetapi Allah memungkinkan aku untuk mengatasinya. Aku ingin mengikatnya pada sebuah tiang di masjid, sehingga pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Namun aku teringat doa saudaraku, Nabi Sulaiman, yang memohon, “Ya Allah, Tuhanku! Ampunilah aku, dan berikanlah aku satu kerajaan yang tidak akan pernah engkau berikan kepada seorang jua sesudahku.” Kata Rauh, lalu Jin itu diusir oleh Nabi.”(Hadith Riwayat Bukhari)

Kerajaan Nabi Sulaiman pada masa itu tiga (3) buah negara meliputi Mesir, Jordan dan Syria. Maka Allah s.w.t memudahkan perjalanan Baginda berulang-alik ke sana ke mari menaiki permaidani yang dibawa angin.

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan …. (Saba: 12)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t. masih mahu menilik (melihat) kepada orang kafir (walaupun mereka tidak menyembahnya) tetapi Allah tidak mahu menilik (memandang) kepada orang yang sombong. Sesungguhnya Nabi Sulaiman Ibnu Daud menaiki angin (di atas permaidani) serta duduk berteleku, lalu baginda merasa ujub (hebat) dalam hatinya, maka baginda dicampakkan hingga jatuh ke tanah (Riwayat Thabrani).

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: