Dua Kumpulan Yang Tidak Masuk Neraka

Daripada Tsauban r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang memerangi Hind (India) dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa a.s.“. (Riwayat Imam an-Nasai).

Peperangan melawan Hind telah berlaku pada tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan al-Walid bin Abdul-Malik (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima yang merupakan cicit Rasulullah s.a.w. iaitu al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi. Mereka telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

Dalam sebuah hadith riwayat Nasai disebut, peperangan dengan hind adalah jihad yang paling besar atau sebenar-benar jihad. Ini mungkin kerana di sana terdapat banyak penyembahan berhala, walaupun di sana juga ramai orang Islam.

Dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan India. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan menjadi Abu Hurairah al-Muharrar (yakni Abu Hurairah yang dibebaskan dari neraka). (Riwayat Imam an-Nasai.)

Golongan kedua yang diselamatkan ialah mereka yang bersama Nabi Isa di akhir zaman nanti. Pada ketika itu Nabi Isa dikenali sebagai Muslim dan turun sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak lagi sebagai nabi. Nabi Isa a.s. pernah memohon kepada Allah s.w.t untuk menjadi umat Nabi Muhammad (setelah mendengar tentang kelebihan umat Muhammad). Allah s.w.t telah makbulkan permintaannya dan beliau diwafatkan iaitu ditamatkan perkhidmatannya sebagai seorang rasul dan diangkat ke langit. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya.

Ali-Imran [55] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu…

Diakhir zaman, beliau akan turun sebagai umat Nabi Muhammad. Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu.” Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi’b) menerangkan dengan katanya: “Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur’an dan Sunnah Nabi kamu”

Antara satu daripada 10 tanda kiamat yang besar ialah turunnya Isa bin Maryam alaihissalam. Diakhir zaman Nabi Isa akan membunuh Dajjal dengan lembing yang dibawanya dari langit.

Isa bin Maryam akan turun (pada akhir zaman ) dengan membenarkan syariat aku (Nabi Muhammad saw), baginda akan membunuh Dajjal. Dan sesungguhnya turunnya baginda adalah menjadi tanda dekatnya hari Qiamat. (Riwayat Ahmad)

 Selepas 7 tahun Imam Mahdi memerintah, Nabi Isa pula akan memerintah di bumi dan menegakkan keadilan sampai wafatnya selama 40 tahun selepas berkahwin dan mendapat beberapa orang anak.

Rasulullah s.a.w, bersabda “Isa Ibnu Maryam akan turun memerintah selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku kemudian baginda wafat. (Al-Muttaqi alHindi, al-Burhan fi ‘Alamat al-Mahdi Akhiruz zaman)

Nabi Isa a.s akan dikebumikan bersebelahan maqam Nabi s.a.w. (Sebelah maqam Rasulullah telah dikosongkan untuk Nabi Isa, penegak syariat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman)

“ Telah tersurat di dalam kitab Taurat tentang sifat Nabi Muhammad saw dan Isa ibnu Maryam akan dikebumikan di samping baginda. ” (Riwayat Tirmizi)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: