Ikut Jemaah Yang Ramai (ASWJ dan 4 Mazhab)

Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Dari segi akidah, jemaah yang ramai itu adalah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Manakala dari sudut fekah pula, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.

“Sesiapa berpecah belah, maka dia bukanlah dari golongan kami (bukan umat Nabi s.a.w.). Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jemaah dan sesungguhnya serigala hanya akan memakan kambing yang menyendirikan diri.” (Riwayat At-Thabarani)

Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda … dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)

Daripada 73 jalan akidah dikalangan umat Muhammad hanya satu (1) puak yang layak memasukki syurga. Satu-satunya puak yang terselamat daripada siksa azab neraka ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mereka yang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. dan jamaahnya iaitu para sahabat Baginda Mulia.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]

Empat (4) Mazhab Muktabar (Besar)

Boleh dikatakan majoriti atau 90 peratus umat Islam di dunia ini bertaklid (mengikuti) 4 mazhab yang muktabar (besar) ini. Ikutlah pandangan 4 mazhab ini. Empat (4) mazhab yang besar (Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali) semuanya berpegang pada sunnahnya. Matlamat mereka adlah satu iaitu membawa manusia balik ke akhirat dengan selamat.

Sabda Nabi “Sesiapa yang tidak berpegang pada sabdaanku mereka akan sesat“.

Mazhab-mazhab juga mengikut jalan yang sahabat pakai, misalnya Imam Syafie banyak mengambil pendapat Abdullah bin Abbas r.a.. Mazhab Hanafi banyak memilih pendapat Abdullah Ibnu Mas’ud r.a. dan Sayyidina Ali krmwjh. Mazhab Maliki pula banyak memilih pendapat Sayyidina Umar r.a.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk”.

Ikutlah hukum-hakam yang terkandung dalam 4 mazhab yang muktabar, yang besar. Semua 4 mazhab sudah mantap, sempurna susunan hukumnya dan tidak boleh diubah. Terpulanglah kepada kita untuk memilih mana-mana pendapat. Di dalam kitab Resmul Mufti dinyatakan bahawa sesuatu fatwa yang dikeluarkan tidak boleh menyalahi pendapat mazhab, melainkan belum ada fatwa yang dikeluarkan. 

Imam-imam 4 mazhab ini berada sekitar 3 zaman umat terbaik (zaman tabiin) seperti disebutkan dalam beberapa hadith ..

Sebaik umatku ialah yang berada di zaman aku dibangkitkan padanya, kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya,kemudian mereka yang berada pada zaman yang mengiringinya (dan seterusnya hadith tersebut) Riwayat Muslim,Abu Hurairah r.a. Jame’ Saghir 1/624

Sebaik manusia ialah mereka yang berada pada masa atau sezaman denganku kemudian mereka yang mengiringi mereka (dan seterusnya hadith tersebut) [Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622]

Sebaik manusia ialah mereka yang berada semasa denganku, kemudian mereka yang berada pada zaman ketiga.kemudian datang mereka selepas itu tiada kebaikan padanya (dan seterusnya hadith tersebut) [Riwayat Muslim ,Aishah r.a. Jame’ Saghir 1/622]


Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: