Hanya Allah Boleh Tahan Langit dan Bumi Dari Tergelincir

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 41)

Bumi dan langit masing-masing berada pada paksinya. Allah swt menahan langit dan bumi agar tidak tergelincir dari tempatnya dan hanya dia yang dapat berbuat demikian. Langit dan bumi terdiri daripada 7 lapisan.

An-Naba [12] : Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] : Allah swt yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Setiap lapisan langit terdiri dari pelbagai bahan logam. Bukti langit berlogam:-

Maryam [90] : Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.[91] : Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. 

Langit juga mempunyai pintu dan jalan:

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Seorang hamba memiliki dua pintu di langit. Pintu yang menjadi keluarnya rezeki dan pintu yang menjadi masuknya amal dan perkataan baiknya. Jika ia meninggal dunia, dua pintu langit itu akan merasa kehilangan dan akan menangisinya.” Kemudian Baginda s.a.w membaca ayat, “”Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka.” Disebutkan demikian, kerana mereka tidak memiliki amal soleh di atas muka bumi yang membuat bumi menangisi kematian mereka (Fir’aun dan bala tentaranya). Dan mereka juga tidak memiliki amalan dan perkataan yang baik, yang naik ke langit sehingga langit itu tidak merasa kehilangan dan tidak pula menangisi mereka.”.. (Riwayat Abu Ya’la dan At-Tirmidzi).

Az-Zariyat [7] : Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Ulama berbeza pendapat tentang tempoh penciptaan langit dan bumi. Ada yang mengatakan 6 hari, ada mengatakan 6 zaman dan ada yang mengatakan 6,000 tahun kerana di Padang Mahsyar 1 hari di sana sama dengan 1000 tahun di sini.

Al-Hadid [4] : Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,

Bersyukurlah dan takutlah kepada Allah swt, kalau Dia mahu Dia boleh meruntuhkan bumbung rumah ketika kita sedang tidur nyenyak pada waktu malam. Patutkah manusia melakukan maksiat dan tidak merasa takut kepada Allah swt, sedangkan Allah swt berkuasa menyuruh bumi menelan atau menghantar angin untuk membinasakan manusia sepertimana umat terdahulu.

Al-Mulk [16] : Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

Al-Mulk [17] : Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? 

Al-Haaqaa [6] : Adapun ‘Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. [7] : Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.

Hanya Allah swt yang mempunyai kuasa mutlak (penuh) mencipta bumi dan langit yang berlapis-lapis, mencipta langit yang mempunyai jalan dan pintu, menahan langit dan bumi dari tergelincir, oleh itu sayangilah Allah Subhanahuwata’ala. Sayangilah Allah swt, sayangilah Nabi Muhammad s.a.w, sayangilah agama Islam dan sayangilah umat Islam.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: