Lazimkan Berada Di Masjid

Apabila fitnah berleluasa iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk (berada) di dalam masjid. Di akhir zaman, apabila umat sudah rosak dan berlaku banyak fitnah iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk di dalam masjid kerana syaitan tidak masuk dalam masjid (tidak banyak syaitan yang masuk berbanding di luar masjid). Lagipun dalam masjid banyak terdapat majlis ilmu dan peringatan.

Dalam satu hadith disebut, syaitan adalah merupakan serigala bagi manusia, seperti serigala yang menangkap kambing biri-biri yang terpencil dari kumpulannya. Begitu juga syaitan dengan manusia. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa dengan kumpulan orang yang ramai, berjemaah dan menghadiri masjid dimana di situ terdapat nasihat-nasihat, tunjuk ajar tentang apa yang perlu dilakukan.( Masnad Imam Ahmad dari Mu’az bin Jabal – Jame’ Soghir 1/308 )

Rasulullah s.a.w. bersabda “Masjid adalah rumah setiap orang yang beriman.” (Riwayat Abu Nu’aim). Sesungguhnya masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan sesiapa yang merasakan masjid itu adalah rumahnya, Allah menjaminnya mendapat rahmat dan ketenangan,  serta melintasi titian sirat menuju keredhaan Allah di dalam Syurga” (Riwayat Tabrani).

Orang yang beriman (mukmin) berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air,  sedangkan orang yang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar (Hadith). Ikan di dalam air bebas berenang, burung dalam sangkar pula menunggu hendak keluar.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“.

Menunggu atau menanti satu sembahyang misalnya menunggu waktu Isyak setelah selesai mengerjakan fardu Maghrib atau keluar daripada masjid setelah selesai satu sembahyang tetapi kembali semula sebelum masuk waktu sembahyang yang berikutnya. Perbuatan menunggu satu sembahyang selepas satu sembahyang juga merupakan satu jihad. Jihad ini, adalah lebih mudah dan ringan untuk dilakukan jika dibandingkan dengan jihad peperangan. Namun begitu tidak ramai yang mampu untuk melakukannya kerana ia bercanggah dengan kehendak hawa nafsu. Nafsu lebih cenderung membawa seseorang untuk berada di luar masjid daripada menunggu di dalam masjid.

Masjid yang kita sembahyang dan beri khidmat akan menjadi tunggangan di hari Kiamat untuk meniti Sirat, yang perjalanannya 3,000 tahun meniti di bawah neraka.Di hari Kiamat juga masjid akan mendakwa mereka yang tidak pernah hadir untuk solat di masjid berdekatan rumah mereka.

Mereka yang terlambat dan tidak sempat mendapat jemaah, tetap mendapat pahalanya. Dalam sebuah hadith disebut, maksudnya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: