Gempa dan Huru-Hara Hari Kiamat

Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. (Hajj:1)Ayat ini ditujukan kepada semua manusia, bahawa apabila hari kiamat sudah hampir tiba, ketika itu tidak ada lagi orang Islam atau manusia yang mengingati Allah swt.  Dalam sebuah hadith ada disebut, apabila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia (bumi) ini, semua orang Islam akan dimatikan.  Allah swt menurunkan angin sepoi, apabila disedut sahaja oleh orang Islam, fungsi jantung mereka akan  gagal menyebabkan mereka mati.

“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)..

Mungkin juga Allah s.w.t. mematikan umat Islam sebelum kedatangan Kiamat kerana tidak mahu orang Islam mendengar suara atau gempa hari Kiamat yang sangat kuat itu:

Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar; (An-Naziat:34)

Bunyi tiupan sangkakala yang pertama untuk mematikan manusia pada mulanya adalah perlahan, semakin lama ia menjadi semakin kuat. Pada masa ini orang Islam sudah tiada, dan para saintis kafir mencari-cari punca bunyi itu dengan segala teknologi yang canggih pada masa itu, namun tidak diketahui dari mana datangnya bunyi itu. Akhirnya mereka “heart fail”, iaitu jantung mereka berhenti berdenyut kerana mendengar bunyi yang sangat kuat itu.

Allah mematikan umat Islam sebelum Kiamat kerana tidak mahu memperdengarkan “zalzalah” iaitu gegaran atau gempa hari Kiamat kepada umat Islam:

Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Imam Abu Hanifah memegang janggutnya dan tidak dapat tidur malam apabila mendengar ayat ini dibaca imam dalam sembahyang.

Gegaran dan bunyi tempikan itu amat menyakitkan hati, sepertimana Allah s.w.t tidak mahu penduduk yang beriman dan bertakwa mendengar suara guruh dan petir.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad).

Huru-hara Hari Kiamat

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan. (Hajj:2)

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; (Abasa:33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (Abasa:34) Dan ibunya serta bapanya, (Abasa:35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (Abasa:36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (Abasa:37)

Al-Qariah [4] (Hari itu ialah: Hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran

Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

Persediaan Untuk Ke Negeri Akhirat

Oleh itu sediakanlah bekalan yang secukupnya untuk ke negeri akhirat kerana nilai pahala di sana jauh lebih tinggi berbanding di dunia ini.

Daripada Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Dalam suatu hadits disebutkan, “ Tempat sebuah cemeti di syurga itu lebih baik dari dunia dan seisinya”. (Hadith Riwayat Al Bukhari) Di syurga nanti ada kenderaan seperti kereta kuda dan tempat letak cemeti kereta kuda itu jika hendak di buat perbandingan, nilai kebesaran tempat letak cemeti itu lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya. Itu baru tempat letak cemeti di syurga.


Advertisements

4 Respons to “Gempa dan Huru-Hara Hari Kiamat”

  1. mus mustofa Says:

    berbagai ungkap an perbandingan dunia tp pd praktiknya dunia tetp no.1 ancaman tinggal ancaman peringatan tinggal peringatan

  2. muhammad Says:

    “Rasulullah s.a.w. bersabda “Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)..” < adakah ini hadis yang sahih?

  3. Tanpa Nama Says:

    aku rasa zaman sekarang tak sama macam zaman dulu

  4. Shaeda Manat Says:

    Ya Allah takutnya…ampun ni aku dan jauhkan aku dari azabnya..Semuga aku bukan trgolong didlm golongan org2 yg kufur..


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: